Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPendakwaan bantah Muhyiddin mohon pasport hadiri pembukaan restoran rakan

    Pendakwaan bantah Muhyiddin mohon pasport hadiri pembukaan restoran rakan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pihak pendakwaan menentang permohonan bekas perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan pasport antarabangsa beliau sementara untuk ke Bangkok, Thailand pada 15 Feb ini.

    Menurut afidavit balasan pihak pendakwaan terhadap permohonan itu, Timbalan Pendakwa Raya Zander Lim Wai Keong menyatakan bahawa berdasarkan tiket penerbangan, Muhyiddin akan bertolak ke Bangkok pada 4.20 petang.

    Lim menyatakan tujuan perjalanan Muhyiddin ialah untuk mengukuh dan mengeratkan hubungan silaturahim dengan kenalan serta menghadiri acara pembukaan sebuah restoran yang diberi nama Phrigkiao.

    “Alasan-alasan tersebut adalah tidak munasabah dan tiada keperluan mendesak yang mewajarkan pelepasan pasport sementara kepada pemohon dan alasan-alasan yang dikemukakan pemohon tanpa ada keterangan sokongan dalam afidavit,” katanya.

    Beliau juga berkata Mahkamah Sesyen telah menetapkan 15 Feb untuk pendengaran permohonan pendakwaan bagi menangguhkan perbicaraan membabitkan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM200 juta yang dihadapi Muhyiddin serta permohonan beliau untuk membatalkan pertuduhan berkenaan.

    “Kehadiran pemohon pada prosiding itu adalah wajib. Perkara ini ada dalam pengetahuan penuh pemohon tetapi pemohon masih membuat tempahan tiket penerbangan pada tarikh tersebut,” katanya.

    Selain itu, Lim berkata risiko Muhyiddin untuk melarikan diri masih wujud kerana masih berdepan tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram dan pasport antarabangsanya tidak boleh dilepaskan kepada beliau.

    “Saya percaya bahawa permohonan ini akan mengganggu proses perjalanan pendengaran bagi kedua-dua permohonan yang ditetapkan pada 15 Feb ini serta menyusahkan proses mahkamah,” katanya.

    Berdasarkan afidavit sokongan permohonan itu yang difailkan pada 31 Jan lepas, Muhyiddin berkata beliau memohon pelepasan sementara pasport antarabangsa hingga 23 Feb ini bagi membolehkannya ke Bangkok.

    Muhyiddin menjelaskan bahawa beliau perlu ke Bangkok untuk merasmikan restoran masakan Thai milik seorang kenalan rapatnya serta untuk menjalin hubungan dengan ahli perniagaan Malaysia di Thailand dan masyarakat Islam di Bangkok.

    ALSO READ:  Anwar: PKR jangan alpa, kuasa mampu memukau

    Pada 29 Nov tahun lepas, Mahkamah Sesyen menolak permohonan Muhyiddin untuk mendapatkan pasport antarabangsanya secara kekal namun melepaskan dokumen itu sementara kepadanya untuk tujuan percutian dan pemeriksaan kesihatan. Namun, pemohonan beliau untuk ke Bangkok ditentang oleh pihak pendakwaan.

    Pihak pendakwaan juga menambah bahawa Muhyiddin berdepan dengan beberapa pertuduhan pengubahan wang haram, termasuk menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta.

    Beliau juga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama.

    Pada 15 Ogos tahun lepas, Mahkamah Tinggi membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suap berkaitan projek Jana Wibawa. Namun, pihak pendakwaan telah memfailkan notis di Mahkamah Rayuan untuk kes itu.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts