Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPendakwaan rayu pelepasan, pembebasan Isa Samad

    Pendakwaan rayu pelepasan, pembebasan Isa Samad

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan pihak pendakwaan untuk mengembalikan semula sabitan bersalah ke atas bekas pengerusi Felda, Mohd Isa Abdul Samad berhubung sembilan pertuduhan rasuah yang dikaitkan dengan pembelian sebuah hotel di Sarawak.

    Pendakwa raya dari Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan notis rayuan awal hari ini.

    “Kami baru sahaja memfailkan notis (rayuan),” kata timbalan pendakwa raya Afzainizam Abdul Aziz kepada Malaysiakini.

    Semalam, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh hakim Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara membenarkan rayuan Isa, 75 yang juga adalah bekas Menteri besar Negeri Sembilan terhadap keputusan bersalah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2021 serta hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta.

    Bercakap bagi pihak rakan hakim panel Ahmad Zaidi Ibrahim dan SM Komathy Suppiah, Vazeer Alam memutuskan bahawa hakim perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah salah arah dirinya apabila mensabitkan perayu.

    Vazeer Alam berkata apabila terdapat dua versi peristiwa mengenai wang yang didakwa diberikan kepada Isa, maka faedah kesangsian itu sepatutnya diberikan kepada perayu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts