Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPendatang lolos di Bidor: Tiada dalang terbabit setakat ini - JIM

    Pendatang lolos di Bidor: Tiada dalang terbabit setakat ini – JIM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak mengesan penglibatan dalang dalam kejadian 131 pendatang asing melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor, Perak pada 1 Feb lepas, kata ketua pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh.

    Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

    “(Jabatan) Imigresen tidak nampak lagi ada penglibatan dalang dalam kes berkenaan (131 pendatang meloloskan diri) dan siasatan masih dibuat,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu jemputan program ‘Apa Khabar Malaysia’ terbitan Bernama TV hari ini.

    Dalam menyiapkan siasatan kejadian itu, Jabatan Imigresen turut menemu bual beberapa tahanan di depot imigresen.

    Ruslin menyatakan Jabatan Imigresen menjangkakan kertas siasatan kejadian itu siap akhir bulan ini.

    Beliau berkata selain Jabatan Imigresen, siasatan turut dilaksanakan agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.

    Pada ketika ini, Jabatan Imigresen memiliki 18 depot kekal dan dua depot sementara di Bidor serta Beranang, Selangor dengan penilaian jabatan menunjukkan keadaan keselamatan di depot sementara Beranang adalah terkawal.

    Ruslin berkata pihaknya akan meneliti perkara yang disyorkan dan mengemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri setelah menyelesaikan kertas siasatan.

    Ditanya mengenai usaha mencari sebahagian daripada pendatang asing yang masih bebas, beliau berkata radius pencarian kini diperluas sejauh 15 kilometer.

    “Dalam erti kata lain, Jabatan Imigresen tidak hentikan pencarian dan bilik gerakan masih dibuka.

    “Saya yakin mereka ini (pendatang asing) tidak boleh bersembunyi dan bertahan lama dalam hutan. Lambat-laun mereka akan keluar dan meminta makanan daripada penduduk kampung,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts