Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPendidikan tinggi percuma di S'wak tidak akibatkan kenaikan cukai

    Pendidikan tinggi percuma di S’wak tidak akibatkan kenaikan cukai

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dasar pendidikan tinggi percuma Sarawak yang dijangka dilaksanakan pada 2026 tidak akan menyebabkan kenaikan cukai atau pengurangan di dalam pembangunan sektor-sektor lain, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee.

    Beliau berkata sebaliknya dasar itu boleh dipertahankan menerusi satu model kewangan kukuh yang dilaksanakan kerajaan Negeri dalam tahun-tahun sebelum ini, dan ini terbukti apabila Sarawak terus menyaksikan kenaikan pendapatannya beberapa tahun lepas.

    “Kami tahu pendapatan kami akan meningkat. Sarawak mencatatkan pendapatan sebanyak RM13.1 bilion pada 2023 … Keluaran Dalam Negara Kasar kami juga dijangka meningkat,” katanya kepada pemberita dalam satu wawancara menerusi aplikasi Zoom semalam.

    Pada 22 Nov lepas, Dr Annuar (gambar, bawah) dilaporkan berkata 25,000 penuntut Sarawak di Negeri ini dijangka menerima manfaat daripada dasar pendidikan tinggi percuma itu nanti.

    Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 1 Okt lepas berkata pendidikan percuma di universiti serta institusi pengajian tinggi milik Kerajaan Sarawak adalah untuk anak jati Bumi Kenyalang dan dijangka dilaksanakan pada 2026.

    Beliau berkata unjuran pendapatan tahunan Sarawak yang terus menunjukkan peningkatan sejak 2020 telah memberikan keyakinan kepadanya untuk menetapkan jangkaan itu oleh kerajaan Negeri.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts