Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPenduduk di Lahad Datu rasai gegaran gempa bumi

    Penduduk di Lahad Datu rasai gegaran gempa bumi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Gempa bumi lemah berukuran 3.6 pada skala Richter yang berlaku di perairan timur Sabah pada 2.11 petang tadi turut dirasai gegarannya oleh penduduk di daerah ini.

    Seorang guru, Noor Faradzilla Iswana Ommar, 30, berkata beliau dapat merasai gegaran itu lebih kurang seminit ketika berada di rumahnya di tingkat empat sebuah kuarters di tengah bandar di Lahad Datu.

    “Ketika itu saya sedang mengayun buaian untuk menidurkan anak, tapi tiba-tiba saya rasa seperti ada gegaran ingatkan kerana buaian, yang menyebabkan saya pening,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Di kuarters sama, sukarelawan polis, Bibi Sharmiezza Mohd Rafi Khan, 31, turut merasai gegaran itu ketika sedang mengemas rumah.

    “Gegaran itu lemah sahaja tetapi menyebabkan saya rasa pening,” katanya yang tinggal di tingkat satu kuarters terbabit.

    Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata pihaknya setakat ini belum menerima sebarang panggilan kecemasan berhubung gegaran akibat gempa bumi tersebut.

    Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memberitahu pusat gempa itu terletak di 6.2 darjah utara dan 118.4 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer iaitu 57 kilometer timur laut dari Sandakan.

    Sementara itu di Sandakan, penduduk yang ditemu bual tidak merasakan gegaran berhubung kejadian gempa itu.

    Lahad Datu dan Sandakan merupakan daerah di pantai barat Sabah terletak 168 kilometer antara satu sama lain.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts