Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPenduduk Kampung Batu Papan dakwa dengar ngauman harimau

    Penduduk Kampung Batu Papan dakwa dengar ngauman harimau

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penduduk di Kampung Batu Papan yang terletak kira-kira dua kilometer (km) dari pusat bandar mendakwa mendengar ngauman harimau pada Selasa. (28 Nov)

    Pekebun Sufiah Yahya, 58, berkata beliau mendengar bunyi itu ketika sedang menggali ubi kayu di kebun mereka.

    Katanya ia turut didengari oleh dua anak lelakinya yang berada di lokasi berbeza di dalam kebun itu.

    “Pada Selasa kali pertama saya mendengar bunyi tersebut pada 11 pagi.

    “Pada hari yang sama saya dengar bunyi yang sama buat kali kedua ketika di kebun bersama suami kira-kira 3 petang, kami tidak sempat menghabiskan kerja-kerja menggali ubi kayu dan terus lari menyelamatkan diri selepas mendengar bunyi ngauman yang kuat,” katanya ketika ditemui pemberita, di Gua Musang hari ini.

    Seorang penduduk Abdullah Muda, 63, berkata sejak sebulan lepas kira-kira 1,000 penduduk di sini hidup dalam keadaan berjaga-jaga selepas kelibat seekor harimau belang dikesan berada di laluan masuk kampung itu yang berjarak hanya lebih kurang dua kilometer dari Bandar Baru Gua Musang.

    Beliau berkata penduduk juga telah membuat aduan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

    “Kampung ini terletak berhampiran Hutan Simpan Kekal Batu Papan dan kemungkinan haiwan liar seperti harimau tersesat masuk ke kawasan rumah penduduk untuk mencari makanan.

    “Kami berharap usaha menangkap harimau dapat dilakukan bagi meredakan kebimbangan kerana penduduk pernah terserempak dan melihat tapak harimau di kawasan kampung,” katanya.

    Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Mohd Syahbuddin Hashim berkata kehadiran harimau belang yang berkeliaran di daerah itu telah menimbulkan suasana yang tidak aman dan tidak tenteram serta menjadikan rakyat berada di dalam ketakutan.

    ALSO READ:  ATM pastikan kawalan negara tahap tertinggi - Khaled Nordin

    “Kita tahu ia disebabkan habitatnya telah diganggu. Justeru satu pasukan khas dicadangkan dari Jabatan Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Kelantan perlu diwujudkan segera bagi membantu agensi yang terlibat menangani hal ini.

    “Kita harap usaha menjaga habitat haiwan ini dimasukkan dalam peruntukan RM11 juta dari Belanjawan 2024 Negeri yang dibentangkan baru-baru ini bagi tujuan pembangunan ekologi,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts