Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPenduduk menua, kemiskinan bandar antara cabaran Lee

    Penduduk menua, kemiskinan bandar antara cabaran Lee

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    WAWANCARA | Sudah setahun Lee Chean Chung menjadi Ahli Parlimen Petaling Jaya. Dalam keadaan begitu dia mengakui perlu segera menyesuaikan diri dengan tuntutan tugas yang banyak.

    Dalam temu bual dengan Malaysiakini, bekas Adun Semambu di Pahang itu menegaskan kerusi diwakilinya kini, Petaling Jaya, merupakan antara kawasan pilihan raya terbesar di negara ini.

    Kataya Petaling Jaya mempunyai set pemboleh ubahn yang tersendiri.

    “Terdapat beberapa tuntutan lama penduduk tempatan. Sebagai contoh, terdapat banyak bantahan terhadap projek Rangkaian Penyuraian Petaling Jaya (Petaling Jaya Dispersal Link atau PJD) yang kini sudah dibatalkan,” katanya.

    Tambah Lee, antara itu utama di kawasan yang diwakilinya ialah pembangunan yang pesat dan ia terletak di kawasan yang suatu masa dulu menjadi antara wilayah pinggir bandar raya yang terbesar serta terawal dalam negara.

    “Pada masa kini, cabaran kami adalah untuk memastikan ia lebih mudah didiami, mudah diakses dan kurang berorientasikan kereta,” katanya.

    Lee berkata kata kunci bagi kawasan diwakilinya ketika ini ialah pembangunan mampan.

    Bercakap di pusat khidmatnya di PJ Old Town, Lee berkata kawasan kejiranan yang muncul pada 1960-an itu boleh ditambah baik dengan kemudahan sambungan perhubungan yang lebih baik, kemudahan untuk warga emas, lorong basikal dan taman awam.

    Lee juga menyatakan ramai pengundinya adalah pesara aktif yang mempunyai banyak idea untuk menambah baik kelestarian Petaling Jaya.

    “Mereka mahu terlibat. Mereka mempunyai pengalaman dan masa yang terluang, tetapi mereka mahu didengari.

    “Nasib baik, antara perkara yang paling saya gemari ialah berurusan dengan orang ramai.

    “Saya telah bertemu dengan ramai orang yang sangat berwarna-warni. Ada yang dibesarkan di sini, rama juga yang balik dari luar negara untuk bersara.

    ALSO READ:  Utamakan air sebagai isu keselamatan negara - Charles

    “Saya mahu melakukan tanggungjawab saya menyelesaikan isu mereka, dan nasib baik pengundi saya berpengetahuan.

    “Mereka tahu apa perananan dan tanggungjawab ahli majlis, apa tanggungjawab ADUN, dan apa pula tugas seorang Ahli Parlimen,” katanya.

    [Baca berita penuh]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts