Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPenduduk penat lebih 20 tahun hidup 'bergelumang' najis

    Penduduk penat lebih 20 tahun hidup ‘bergelumang’ najis

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Taman Perumahan Bandar Kuantan Puteri, Kuantan, Pahang

    Menjadi impian bagi setiap pembeli rumah untuk mendiami tempat tinggal yang selesa bersama keluarga. Tetapi lain pula yang berlaku kepada kira-kira 3,000 penduduk taman perumahan Bandar Kuantan Puteri, dekat Sungai Soi, Kuantan, Pahang. Sejak menerima kunci rumah masing-masing lebih 20 tahun lalu, impian memiliki rumah selesa musnah dek kerana sikap pemaju yang tidak bertanggungjawab.

    Masalah itu bermula sejak awal tahun 2000 berikutan kegagalan syarikat pemaju menyiapkan loji kumbahan berpusat di kawasan yang mempunyai lebih 400 unit kediaman itu. Syarikat pemaju dilantik LKPP Property Sdn Bhd – anak syarikat milik penuh kerajaan Pahang, gagal memenuhi spesifikasi ditetapkan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) yang menyaksikan taman perumahan itu tidak memiliki loji kumbahan berpusat.

    Akibatnya limpahan air najis dari loji terbabit memasuki kediaman penduduk, terutamanya ketika hujan lebat dan musim tengkujuh. Pengerusi persatuan penduduk taman itu, Kapten (B) Radzali Othman, 65, ketika ditemui mendakwa masalah itu sudah diajukan kepada kerajaan Pahang beberapa kali memandangkan LKPP adalah milik kerajaan Negeri.

    Selain itu, dia juga memaklumkan masalah berkenaan turut diketengahkan kepada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), namun sehingga kini belum mendapat maklum balas. “Kami sudah berjumpa banyak kali dengan pihak IWK dan mereka ada datang melihat masalah dihadapi kami, namun seperti dijelaskan sebelum ini, loji (kumbahan) itu tidak menepati spesifikasi ditetapkan.” katanya yang kesal dengan sikap pemaju.

    Dia juga sudah mengadakan mesyuarat dengan penduduk di taman berkenaan bagi mencari jalan penyelesaian mengenai masalah dihadapi mereka sejak dua dekad lalu itu. “Tindakan terakhir yang kami fikirkan buat masa ini adalah untuk menyalurkan aduan kepada Istana Pahang, kita akan sembah maklum permasalahan ini kepada Tuanku Sultan Pahang. “Nampaknya ini sajalah jalan terakhir yang kami nampak, terpaksa juga mohon campur tangan Tuanku kerana kami sudah terlalu lama bersabar,” katanya lagi.

    ALSO READ:  Perancis bakal haramkan wanita Islam pakai abaya di sekolah

    Namun, dia tidak memaklumkan bila mereka akan menyerahkan surat aduan itu kepada wakil Istana Pahang. Razali berkata, kos untuk memulihkan projek pembinaan semula loji kumbahan berpusat di taman itu dianggarkan RM500,000. Justeru dia berharap KPKT boleh mengeluarkan peruntukan kecemasan demi keselesaan penduduk taman terbabit. Tak lalu nak makan Seorang lagi penduduk, Mohd Azahar Abdul Ghafar, 62, berkata banyak aktiviti untuk komuniti tidak dapat diadakan susulan masalah terbabit.

    “Bukan saja pencemaran bau, kita nak buat majlis atau aktiviti pun susah bila berlaku limpahan air najis dalam rumah. “Ada penduduk terpaksa menutup terus pintu tandas dalam rumah mereka kerana tidak tahan dengan masalah bau busuk. Nak makan pun tak lalu, padahal kita beli rumah untuk dijadikan tempat berehat bersama keluarga,” katanya. Dia turut merayu agar pihak berkaitan melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah dihadapi penduduk taman berkenaan.

    Buang air besar di stesen minyak Bagi pesara pasukan keselamatan, Azmi Harun, 62, kegagalan pihak pemaju menyiapkan loji kumbahan di taman itu adalah punca segala masalah dihadapi mereka sejak sekian lama. “Saya beli rumah ini sekitar tahun 2003 dan lima tahun kemudian barulah mula tinggal di sini. Sejak hari pertama hingga sekarang, saya dan keluarga rasa menyesal betul. Bayangkan, kami terpaksa ke stesen minyak atau surau yang terletak kira-kira 2 kilometer (km) jika ingin membuang air besar. “Tandas dalam rumah ini, bukannya rosak, tapi sebab kawasan taman ini tidak ada loji kumbahan, jadi tandas selalu tersumbat,” katanya.

    Azmi turut berkongsi pengalaman bersama penduduk di situ yang mengumpul sendiri wang bagi membayar kos sewa lori tangki septik untuk menyedut limpahan najis di kediaman mereka. Namun katanya, tindakan itu hanyalah bersifat penyelesaian sementara dan berharap satu penyelesaian jangka panjang boleh dilakukan pihak berkaitan. Semakan di laman sesawang LKPP Property mendapati syarikat itu ditubuhkan pada 8 Mac 1996 dengan nama asal LKPP TZ Tani, sebelum menukar kepada nama digunakan sekarang. Syarikat berkenaan adalah 100 peratus milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) yang pengerusinya adalah Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts