Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPenduduk serbu bantuan digugur pesawat, walau di laut Gaza

    Penduduk serbu bantuan digugur pesawat, walau di laut Gaza

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Beribu-ribu rakyat Palestin berkumpul di pantai di selatan Semenanjung Gaza pada Selasa selepas pesawat menggugurkan bantuan makanan di wilayah terkepung itu.

    Walaupun ada barangan makanan itu jatuh ke laut penduduk tetap berusaha mendapatkannya dan ada yang menggunakan bot kecil, lapor Agensi Anadolu.

    Kira-kira 2.3 juta penduduk Semenanjung Gaza kini sedang berdepan krisis kemanusiaan yang teruk.

    Memetik sumber yang tidak didedahkan, program bual bicara Al Qahera Al Youm yang dikenali kerana hubungan baik dengan pihak berkuasa Mesir melaporkan pada awal hari ini bahawa sebanyak 45 tan bantuan kemanusiaan Mesir telah digugurkan di kawasan utara dan tengah Semenanjung Gaza.

    Emiriah Arab Bersatu dan Jordan turut serta dalam misi itu.

    Konflik Israel-Hamas mengakibatkan penduduk Gaza kini di ambang krisis kebuluran akibat kekurangan makanan, air, ubat-ubatan dan bahan api.

    Kira-kira dua juta rakyat Palestin di wilayah itu telah kehilangan tempat tinggal yang telah berada di bawah kepungan Israel selama 17 tahun.

    Peningkatan kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak serta wanita hamil dan menyusu di Semenanjung Gaza menimbulkan ancaman serius kepada kesihatan mereka, menurut amaran Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada 19 Feb.

    Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas membunuh hampir 30,000 penduduk Palestin dan menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.

    – Bernama-Anadolu

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts