Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPenduduk sifatkan banjir Bukit Tinggi terburuk dalam 2 tahun

    Penduduk sifatkan banjir Bukit Tinggi terburuk dalam 2 tahun

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kejadian banjir di Kampung Bukit Tinggi, di Bentong, Kelmarin disifatkan penduduk sebagai yang terburuk pernah berlaku di kawasan itu dalam tempoh dua tahun ini.

    Menceritakan detik cemas itu, Wong Chee Siang, 30-an, berkata banjir yang merupakan kali ketiga terjadi dalam tempoh berkenaan, menghanyutkan banyak barang perniagaan ayahnya selepas tembok restoran mereka runtuh akibat bencana tersebut.

    “Pertama kali berlaku banjir pada tahun lepas, manakala kejadian kedua pada tahun ini dan kali ini yang ketiga. Hujan lebat pada kira-kira 7 malam menyebabkan air mula naik dua jam kemudian dan berakhir pada 11 malam.”

    “Saya kerugian lebih RM10,000 termasuk dua peti sejuk dihanyutkan arus deras. Nasib baik kejadian ini tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa,” katanya kepada Bernama di lokasi kejadian semalam.

    Wong berkata kejadian yang menimpa keluarganya dan penduduk setempat mendapat perhatian Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman yang hadir membuat lawatan di kawasan banjir.

    Sementara itu, tinjauan mendapati kawasan banjir yang melibatkan sebahagian Kampung Bukit Tinggi telah dibersihkan oleh pihak berkuasa dengan dibantu anggota bomba sukarela Perting, Bentong dan orang awam.

    Selain itu, jalan utama ke Janda Baik melalui Kampung Bukit Tinggi ditutup sementara berikutan jalan rosak akibat banjir, namun orang ramai masih boleh ke Janda Baik menggunakan jalan alternatif.

    Jalan Persekutuan FT68 iaitu Jalan Lama Gombak-Bentong bagi Seksyen 43.00 ke 43.40 dan Jalan Pintasan Bukit Tinggi Seksyen 1.98 hingga 2.58 di Bentong, ditutup kepada semua kenderaan bermula hari ini hingga 1 Dis ekoran kerosakan struktur jalan.

    Jabatan Kerja Raya Daerah Bentong menerusi kenyataan dimuat naik di laman sosial memaklumkan penutupan jalan berhampiran simpang tiga Janda Baik itu dibuat bagi menjamin keselamatan pengguna.

    ALSO READ:  Syarikat cengkerang, VIP 'perisai' dalang penipuan kuota pekerja asing

    Menurut kenyataan itu, orang ramai yang ingin ke Janda Baik boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Lebuhraya Kuala Lumpur Karak ke Persimpangan Bukit Tinggi menuju ke stesen minyak BHP Bukit Tinggi dan melalui Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tinggi.

    Semalam, Nik Nazmi dilapor berkata satu siasatan segera akan dilaksanakan untuk mengenal pasti punca banjir puing di Bukit Tinggi, Bentong semalam berikutan terdapat dakwaan wujud penerokaan haram di sekitar kawasan hutan simpan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts