Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, November 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPeneroka serbu pejabat KPF tuntut penjelasan dividen lambat

    Peneroka serbu pejabat KPF tuntut penjelasan dividen lambat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sekumpulan anggota Koperasi Permodalan Felda (KPF) menyerbu pejabatnya di Kuala Lumpur bagi menuntut penjelasan mengenai kelewatan pembayaran dividen dan penebusan jualan saham. Wakil kumpulan tersebut, Mohammad Rosli Yaakob berkata kelewatan pembayaran tersebut berlaku sejak Julai tahun lalu. Pada awalnya, pihaknya merancang untuk mengadakan sidang media tetapi mereka kemudian dijemput ke satu perjumpaan bersama pengurusan tertinggi KPF. Menurut Rosli, pada perjumpaan terbabit, KPF berjanji akan menyelesaikan pembayaran tunggakan dividen dan tuntutan penebusan penjualan saham selewat-lewatnya awal Mac ini. “Sepatutnya kita mula dengan sidang media, tapi kemudian saya bersama kira-kira 18 orang ahli dijemput untuk berjumpa dengan pengurusan KPF. Pihak KPF memberi jaminan dari pembayaran dividen KPF dan bonus bagi tahun 2023 akan dibayar. Bagi penebusan penjualan saham pula akan dibayar seawal bulan Mac ini secara berperingkat,” katanya pada sidang media di luar pejabat Felda, hari ini.

    Katanya, mereka diberi penjelasan bahawa kelewatan itu berpunca daripada masalah aliran tunai yang dihadapi KPF. Bagaimanapun, dia berharap agar jaminan itu dipenuhi kerana banyak aduan serta masalah yang timbul berpunca daripada kelewatan pembayaran tersebut. Berlaku sedikit kekecohan apabila kumpulan itu tidak dibenarkan membuat sidang media dalam premis KPF. Mereka kemudian akur dan menyambung sidang media di luar premis tersebut. Malaysiakini cuba mendapatkan pengesahan lanjut mengenai perkara tersebut daripada pihak KPF, tetapi pihaknya enggan memberikan sebarang maklum balas.

    Sekumpulan anggota Koperasi Permodalan Felda (KPF) menyerbu pejabatnya di Kuala Lumpur bagi menuntut penjelasan mengenai kelewatan pembayaran dividen dan penebusan jualan saham.

    Wakil kumpulan tersebut, Mohammad Rosli Yaakob berkata kelewatan pembayaran tersebut berlaku sejak Julai tahun lalu.

    Pada awalnya, pihaknya merancang untuk mengadakan sidang media tetapi mereka kemudian dijemput ke satu perjumpaan bersama pengurusan tertinggi KPF.

    ALSO READ:  Rahmat Mohamad letak jawatan pengerusi Suhakam

    Menurut Rosli, pada perjumpaan terbabit, KPF berjanji akan menyelesaikan pembayaran tunggakan dividen dan tuntutan penebusan penjualan saham selewat-lewatnya awal Mac ini.

    “Sepatutnya kita mula dengan sidang media, tapi kemudian saya bersama kira-kira 18 orang ahli dijemput untuk berjumpa dengan pengurusan KPF.

    “Pihak KPF memberi jaminan dari pembayaran dividen KPF dan bonus bagi tahun 2023 akan dibayar.

    “Bagi penebusan penjualan saham pula akan dibayar seawal bulan Mac ini secara berperingkat,” katanya pada sidang media di luar pejabat Felda, hari ini.

    Katanya, mereka diberi penjelasan bahawa kelewatan itu berpunca daripada masalah aliran tunai yang dihadapi KPF.

    Bagaimanapun, dia berharap agar jaminan itu dipenuhi kerana banyak aduan serta masalah yang timbul berpunca daripada kelewatan pembayaran tersebut.

    Berlaku sedikit kekecohan apabila kumpulan itu tidak dibenarkan membuat sidang media dalam premis KPF. Mereka kemudian akur dan menyambung sidang media di luar premis tersebut.

    Malaysiakini cuba mendapatkan pengesahan lanjut mengenai perkara tersebut daripada pihak KPF, tetapi pihaknya enggan memberikan sebarang maklum balas.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts