Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Penetapan elaun pelajar pelatih perlu ambil kira kemampuan syarikat'

    ‘Penetapan elaun pelajar pelatih perlu ambil kira kemampuan syarikat’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Gerakan mahasiswa berkaitan parti politik berpandangan bahawa penetapan elaun yang perlu diberikan kepada pelajar yang menjalani latihan industri perlu mengambil kira kemampuan syarikat tempat mereka menjalani latihan.

    Timbalan Presiden Mahasiswa Keadilan Malaysia, Yuveraaj Pillai, pula menyatakan pelajar yang menjalani latihan industri tidak dikira sebagai pekerja mahupun sepenuh masa atau kontrak.

    Justeru, katanya, penetapan bayaran elaun kepada pelajar pelatih harus dipertimbangkan berdasarkan keadaan ekonomi sesebuah syarikat.

    “Bayaran pada intern tidak boleh ditetapkan pukul rata di semua syarikat. Ia perlu diteliti dan dibayar mengikut kemampuan syarikat itu sendiri serta kos yang perlu ditanggung oleh intern itu sepanjang internship,” katanya kepada Malaysiakini.

    Perlu ada kerjasama

    Presiden Mahasiswa Umno Wan Muhammad Zuhir Ghazali pula berkata perlu ada kerjasama antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Sumber Manusia (KSM), mahasiswa dan pemain-pemain industri.

    Katanya, kerjasama itu perlu bagi menjaga kebajikan pelajar dan pada masa sama tidak membebankan syarikat yang menyediakan program latihan.

    Wan Zuhir menyatakan terdapat dua pandangan berbeza yang perlu diteliti dengan lebih baik dalam usaha menangani isu itu.

    “Mereka (pelajar) memerlukan ganjaran kewangan supaya mendapat pengiktirafan terhadap sumbangan terbaik dan komitmen yang besar.

    “Syarikat pula berpandangan mengapa perlu bayar pelajar yang tiada pengalaman dan kepakaran dengan kos yang begitu besar jika (boleh) mengupah pekerja yang lebih baik daripada itu,” tambahnya.

    Pada 2 Feb, aktivis yang memperjuangkan hak pelajar pelatih, Rashifa Aljunied menyerahkan memorandum menuntut hak para pelajar yang menjalani latihan industri kepada Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

    Memorandum tersebut diserahkan melalui pegawai tugas-tugas khas Sim, Chee Yeeh Ceeu sebagai mewakili 15 wakil penuntut universiti tempatan.

    ALSO READ:  Wildfire-hit British Columbia blanketed with hazardous smoke pollution

    Ia terdiri daripada tiga tuntutan iaitu gaji bermaruah dan adil, dasar perlindungan pelajar latihan industri dan juga pemansuhan yuran tidak relevan.

    Tuntutan tidak jelas

    Sementara itu, Mohamed Yusuf Hassan Roslan, selaku Timbalan Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan pula menyifatkan tuntutan Rashifa seharusnya diketengahkan kepada KPT terlebih dahulu.

    “Tuntutan yang dibawa ke Kementerian Sumber Manusia adalah melalui saluran yang tidak begitu tepat.

    “Seharusnya sebagai seorang mahasiswa, isu ini perlu diketengahkan kepada pihak KPT terlebih dahulu untuk memudahkan proses,” ujarnya.

    Yusuf berpendapat pertikaian mengenai elaun pelajar pelatih timbul apabila mereka tidak dibayar mengikut jumlah yang setimpal dengan hasil kerja yang dilakukan.

    Namun, katanya, pelajar yang dibayar dengan jumlah tinggi pula harus memberikan komitmen yang setaraf dengan elaun yang diberikan.

    Pada Julai tahun lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa pelatih yang menjalankan latihan industri di kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan menerima elaun peranantisan minimum sekurang-kurangnya RM800 sebulan.

    Bagaimanapun, Anwar tidak mengumumkan tarikh permulaan pelaksanaannya.

    Anwar berkata, meskipun secara tradisi pelatih industri tidak menerima sebarang bayaran, namun elaun adalah penting terutama bagi mereka yang idak berkemampuan dan miskin.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts