Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPengampunan Najib: Sudah ada keputusan, kata Anwar

    Pengampunan Najib: Sudah ada keputusan, kata Anwar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan Lembaga Pengampunan telah mempunyai keputusan mengenai pengampunan bekas perdana Menteri Najib Razak.

    Bagaimanapun, Anwar enggan mengulas lanjut perkara tersebut sebaliknya meminta semua pihak menunggu pengumuman rasmi oleh Lembaga Pengampunan.

    “Ya, sudah ada kepastian, tunggu pengumuman,” katanya ketika ditanya pemberita selepas makan tengah hari di Gerai Makan Pertama Complex, di Kuala Lumpur, hari ini.

    Apabila diminta menjawab mengenai pengampunan diberikan kepada Najib, Anwar hanya menjawab “tunggu pengumuman”.

    Bagaimanapun, katanya kerajaan tidak akan membuat sebarang pengumuman mengenai keputusan itu, sebaliknya ia bakal dilakukan sendiri oleh Lembaga Pengampunan.

    “(Itu) urusan Lembaga Pengampunan, tunggu… sudah ada kepastian (keputusannya),” kata Anwar.

    Spekulasi yang dilaporkan oleh saluran-saluran berita luar negara  berkata, Lembaga Pengampunan (Wilayah Persekutuan) yang bersidang pada Isnin 29 Januari telah memendekkan tempoh penjara Najib daripada 12 tahun, yang dijatukhan oleh mahkamah, kepada enam tahun dan denda dikurangkan kepada RM210 juta.

    Mengikut laporan Channel News Asia (CNA) Singapura, keputusan itu telah dibuat oleh Lembaga Pengampunan yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong kononnya kerana bekas perdana Menteri itu  “berkelakuan baik”.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts