Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPengampunan: Sultan Mizan pernah buat perubahan, dakwa Hadi

    Pengampunan: Sultan Mizan pernah buat perubahan, dakwa Hadi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pernah melakukan perubahan dalam pemberian pengampunan terhadap pesalah kes bunuh, kata presiden PAS. Abdul Hadi Awang berkata dia mengemukakan kaedah hukum syarak itu kepada baginda semasa pemerintahan PAS di Terengganu pada 1999 hingga 2004. Hadi ketika itu menjadi Menteri besarnya.

    “Setelah mendengar penjelasan daripada pihak kami, Tuanku terus melaksanakannya dalam suatu Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Terengganu Darul Iman yang dipengerusikan oleh Baginda, dalam satu kes pembunuhan seorang wanita.

    “Baginda telah membuat suatu perubahan dengan terus menghubungi walinya (keluarga mangsa) bagi mendapatkan izin pengampunan mengikut hukum Islam,” dakwa Hadi.

    Malaysiakini tidak dapat mengesahkan dakwaan ini.

    Hadi berkata demikian dalam kenyataannya hari ini, di tengah-tengah siasatan polis terhadapnya atas dakwaan mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan menerusi ceramahnya di Muar pada 26 Ogos lalu.

    Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

    Jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda hingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

    Hadi berkata pengampunan kepada pesalah yang diamalkan di negara ini tidak sesuai dengan ajaran Islam.

    Katanya, anggota keluarga mangsa jenayah yang berhak memberikan pengampunan, bukan lembaga pengampunan.

    Dalam kenyataan hari ini, Hadi mengukuhkan lagi hujahnya dengan memetik ayat-ayat al-Quran.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts