Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPenganalisis: Kita perlu realistik, segala yang bermula akan berakhir

    Penganalisis: Kita perlu realistik, segala yang bermula akan berakhir

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Spekulasi mengenai pengunduran Abdul Taib Mahmud dari jawatan Yang di-Pertua Negeri melambangkan berakhirnya era “strong Sarawak brand” (jenama Sarawak yang kukuh), kata seorang penganalisis politik.

    Felo kanan Majlis Profesor Negara, Jeniri Amir, berkata Abdul Taib adalah ahli politik terkenal dari Bumi Kenyalang ekoran pembabitannya dalam dunia itu selama 33 tahun.

    Dalam tempoh itu dia pernah dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak bagi menggantikan bapa saudaranya Abdul Rahman Ya’kub, dan berkhidmat dalam jawatan tersebut selama 33 tahun (1981 hingga 2014).

    Abdul Taib kemudian menjadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketujuh mulai 2014.

    Dia dilantik semula ke jawatan itu untuk penggal ketiga pada 2022 – hanya selama dua tahun, bukannya penggal penuh empat tahun – dengan tempoh perkhidmatannya akan tamat pada akhir Feb ini.

    Walaupun Abdul Taib sudah lama dipalitkan dengan dakwaan rasuah oleh pengkritiknya, Jeniri memuji tokoh berusia 88 tahun itu kerana membawa pembangunan infrastruktur serta pertumbuhan ekonomi kepada Negeri dan negara.

    Bagaimanapun, Jeniri berpendapat bahawa masa Abdul Taib sebagai ketua Negeri sudah tamat.

    Jeniri Amir

    “Sudah menjadi rahsia umum bahawa dia (Abdul Taib) tidak sihat. Saya fikir adalah wajar bagi seorang Yang di-Pertua baru menggantikannya,” kata Jeniri kepada Malaysiakini.

    “Kita perlu realistik, segala yang bermula akan berakhir.

    “Saya juga rasa ia realistik. Abdul Taib seorang yang pragmatik, dia tahu,” katanya lagi.

    Sejak kebelakangan ini, khabar angin bertiup kencang mengatakan bekas Yang di-Pertua Dewan Negara, Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bakal menggantikan Abdul Taib untuk menjadi sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan.

    Walaupun Wan Junaidi dan pihak lain enggan memberi komen lanjut mengenai khabar angin itu, ahli politik veteran berusia 78 tahun berkenaan sudah mengemukakan surat peletakan jawatannya di Dewan Negara.

    Wan Junaidi Tuanku Jaafar

    Jika spekulasi itu benar, ini bermakna Abdul Taib akan bersara daripada karier panjang seorang ahli politik.

    ALSO READ:  15 wartawan M'sia sertai Jejak Serumpun sempena Pilpres Indonesia

    Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengesahkan nama seorang calon telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan baginda bagi dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

    Anwar juga berkata, dia menyerahkan nama itu kepada Istana Negara minggu lalu setelah dikemukakan oleh Premier Sarawak Abang Johari Openg.

    Ada ‘pakej lengkap’

    Sementara itu Pensyarah Universiti Malaya Awang Azman Awang Pawi turut sependapat dengan Jeniri dan memetik pepatah Melayu “patah tumbuh hilang berganti”.

    Bercakap kepada Malaysiakini, Awang Azman menegaskan walaupun perubahan tidak dapat dielakkan, namun institusi itu tidak berubah.

    “Kita perlu menerima hakikat bahawa dalam era yang berubah, zaman dan sentimen juga berubah.

    “Satu-satunya perkara yang kekal adalah institusi–institusi gabenor dan institusi premier. Pemimpin akan berubah.

    “Tidak ada yang lebih besar daripada kepentingan institusi itu sendiri, terutamanya kepentingan peribadi,” kata Awang Azman.

    Mengulas khabar angin bahawa Wan Junaidi bersedia untuk menyandang jawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Jeniri berpendapat rakyat Negeri itu khususnya, memang menantikan perubahan berkenaan memandangkan bekas Menteri undang-undang itu sesuai dan berkelayakan.

    Awang Azman Awang Pawi

    “Rakyat mengharapkan era baru di bawah Wan Junaidi. Dia diterima baik dan dihormati rakyat serta mempunyai komunikasi yang baik dengan kerajaan persekutuan. Dia juga seorang yang sangat merendah diri.

    “Dia mempunyai integriti dan sangat berkebolehan. Tiada siapa yang akan mempersoalkan beliau,” tambahnya.

    Awang Azman pula menyatakan bahawa Wan Junaidi menawarkan ‘pakej lengkap’ untuk menjadi pemimpin tertinggi di Sarawak.

    “Dari segi pendidikan, pengalaman, pendedahan, dan tingkah lakunya, dia adalah calon yang sesuai untuk jawatan itu,” tambahnya.

    Wan Junaidi adalah ahli parlimen selama tujuh penggal sejak 1990 sebelum memutuskan untuk tidak mempertahankan kerusinya di Santubong pada PRU ke-15 pada 2022.

    ALSO READ:  Lynas dapat kebenaran mahkamah cabar syarat operasi

    Dia pernah memegang jawatan timbalan Menteri dalam Negeri, Menteri sumber asli dan alam sekitar, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas parlimen dan undang-undang.

    Pada Jun tahun lalu kerajaan mencalonkan Wan Junaidi sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara bagi menggantikan Rais Yatim.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts