Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPenganggur dipenjara 6 tahun, disebat kerana rompak RM50 

    Penganggur dipenjara 6 tahun, disebat kerana rompak RM50 

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang lelaki penganggur telah dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur kerana merompak wang tunai RM50 milik seorang lelaki di tempat letak motosikal menggunakan sebilah pisau minggu lepas.

    Hakim Norina Zainol Abidin menjatuhkan hukuman itu selepas M. Krishnamurthi, 49, mengaku bersalah merompak Chai Fuh Chang, 43, di tempat letak motosikal MRT Jinjang di Kuala Lumpur pada 11.55 pagi, 7 Disember lepas.

    Lelaki tersebut didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

    Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh penangkapan pada 7 Disember lepas.

    Timbalan Pendakwa Raya Illya Syaheedah Mohd Razif memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kesalahan serius yang dilakukan oleh tertuduh yang menggunakan pisau sehingga mendatangkan ketakutan kepada mangsa.

    Krishnamurthi yang tidak diwakili peguam merayu untuk dikenakan hukuman ringan kerana telah menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts