Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPenganjur himpunan belum kemuka notis, polis nasihatkan jangan sertai

    Penganjur himpunan belum kemuka notis, polis nasihatkan jangan sertai

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Penganjur dua perhimpunan yang dirancang pada 16 September ini belum menyerahkan notis kepada polis, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid.

    Setakat ini, kedua-dua kumpulan terbabit Sekretariat Gerakan Selamatkan Malaysia di bawah Pemuda Perikatan Nasional (PN) yang menganjurkan himpunan “Selamatkan Malaysia” serta kumpulan “baju merah” yang diketuai oleh Pengerusi Umno Sungai Besar, Jamal Yunos belum menyerahkan notis pemakluman kepada polis.

    Allaudeen berkata notis itu sepatutnya diserahkan lima hari sebelum perhimpunan.

    “Sepatutnya notis ini diberikan kepada kita (polis) lima hari sebelum hari kejadian (Sabtu) di mana selewat-lewatnya pada Isnin lalu.

    “Tindakan boleh diambil mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 (tanpa pemakluman itu),” katanya yang dipetik oleh Berita Harian.

    Allaudeen berkata, meskipun, polis telah memastikan semuanya dalam keadaan terkawal, dia menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan berkenaan.

    “Penganjur perlu mempunyai tanggungjawab untuk membuat pemakluman dan bertindak mengikut undang-undang yang diperuntukkan,” katanya.

    Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari dalam satu sidang akhbar pada Ahad lalu memaklumkan pihaknya akan menggerakkan himpunan di hadapan kompleks beli-belah Sogo bagi membantah keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dari kes rasuahnya.

    Bagaimanapun, matlamat dan tempat perhimpunan itu telah berubah.

    Semalam, Ahmad Fadhli berkata dia bersama Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Adun Gombak Setia Hilman Idham akan berunding dengan polis untuk memastikan perhimpunan itu berjalan dengan aman dan lancar.

    Justeru, mereka terbuka untuk mengubah lokasi perhimpunan ke Bukit Bintang, jika kawasan di depan kompleks beli belah Sogo terlalu kecil untuk tujuan itu.

    “Kita akan teruskan dengan himpunan. Himpunan aman, kita sambut Hari Malaysia dengan tema ‘Selamatkan Malaysia’.

    ALSO READ:  Empat 'Superman' didakwa di mahkamah Temerloh

    “Ini bukan demonstrasi, tapi himpunan. Kami tidak akan ke jalan raya. Kita hanya berkumpul bersama bendera Malaysia. Kita beli kunafah, kebab, McDonald’s di sekitar kawasan Bukit Bintang,” kata Wan Fayshal.

    Ketiga-tiga mereka bercakap kepada pemberita selepas dipanggil ke balai polis Dang Wangi berhubung perhimpunan itu.

    Pagi tadi, lokasi himpunan sekali lagi bertukar ke Masjid Jamek Kampung Baru.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts