Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPengarah syarikat disyaki rasuah penjawat awam ditahan SPRM

    Pengarah syarikat disyaki rasuah penjawat awam ditahan SPRM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang pengarah syarikat kerana disyaki memberi rasuah kepada penjawat awam di beberapa jabatan kerajaan di Melaka bagi pelaksanaan kerja-kerja perolehan melibatkan nilai keseluruhan berjumlah RM639,104.

    Pengarah SPRM Melaka, Mohd Shahril Che Saad, mengatakan bahawa lelaki berusia 60-an itu ditahan ketika hadir ke pejabat SPRM Melaka kira-kira 12 tengah hari tadi bagi membantu siasatan.

    “Penahanan dibuat ekoran suspek dipercayai merasuah penjawat awam di pelbagai jabatan kerajaan di Melaka sekitar 2021 hingga 2023 dengan membayar belasan hingga puluhan ribu ringgit bagi memastikan kerja-kerja pembekalan.

    “SPRM juga tidak menolak kemungkinan akan memanggil beberapa penjawat awam pelbagai jabatan untuk memberi kerjasama bagi membantu siasatan lanjut kes berkenaan,” katanya dalam kenyataan di Melaka hari ini.

    Dia berkata rantaian kartel rasuah melibatkan jabatan kerajaan perlu dinoktahkan bagi mengelak kerja-kerja monopoli projek pembekalan di jabatan kerajaan Melaka terus berlaku.

    Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009 dan suspek akan dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan kebenaran permohonan reman.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts