Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPengarah terkejut Najib, peguam tuntut larang dokumentari

    Pengarah terkejut Najib, peguam tuntut larang dokumentari

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengarah filem “Man on the Run” Cassius Michael Kim terkejut dengan tuntutan untuk mengharamkan dokumentari itu, berkata tiada sesiapa pun wakil bekas perdana Menteri Najib Razak yang telah menghubunginya sejak temu bual itu dijalankan pada April 2022.

    Dia memberitahu Malaysiakini bahawa Najib sendiri menyedari sebarang potensi subjudis (kes yang sedang dipertimbangkan oleh mahkamah dan oleh itu tidak boleh diperkatakan di khalayak ramai).

    Jelas Kim, dia memberi amaran pada permulaan wawancara mereka bahawa dia mungkin perlu menghentikannya sekiranya situasi sedemikian berlaku, tetapi ia tidak berlaku.

    “Mungkin ia naif di pihak saya, tetapi saya terkejut mendengar petisyen peguam Najib untuk mengharamkan filem itu.

    “Tiada seorang pun wakil bekas PM yang menghubungi kami sejak wawancara kami pada April 2022.

    “Selain itu, tiada siapa yang membantah atau membuat dakwaan subjudis ini apabila filem itu ditayangkan di pawagam Malaysia pada Oktober 2023.

    “Oleh itu, semua perhatian sejak beberapa minggu lalu adalah di luar jangkaan, sekurang-kurangnya.

    “Mengenai kandungan dakwaan ini dan mesej keseluruhan daripada wakil bekas PM – saya rasa ia menggelikan hati.

    Bincang setiap 30-45 minit

    “Anda mendengarnya daripada Najib sendiri semasa dia hadir temu bual: ‘Anda mempunyai persefahaman, sekiranya ia bersempadan dengan subjudis atau penghinaan mahkamah, saya perlu menghentikannya kerana perbicaraan sedang berlangsung’,” kata Kim kepada Malaysiakini melalui e-mel.

    Tambahnya, semasa temu bual itu, Najib ditemani penasihat Lutfi Azhar dan peguam Farhan Shafee.

    Kelmarin, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kementeriannya akan menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan permohonan Najib untuk mengeluarkan “Man on the Run” daripada platform penstriman dalam talian Netflix.

    Bagaimanapun, dia menegaskan bahawa dokumentari mengenai skandal kewangan 1MDB telah berada di pawagam sejak Oktober tahun lalu tanpa sebarang aduan.

    ALSO READ:  Keputusan kes Rumah Bonda cabar tindakan sita pada 4 April

    “Saya dapat nasihat daripada Peguam Negara dan penasihat undang-undang kementerian dan penasihat di SKMM.

    “Rata-rata pandangan ketiga-tiga pihak ini selari dan selaras di mana secara faktanya filem tersebut telah ditayang di pawagam pada Oktober tahun lalu.

    “Masa itu LPF telah beri kelulusan dan tidak berlaku apa-apa isu masa ditayangkan di khalayak umum pada Oktober lalu.

    “Memandangkan ini satu perkara telah dizahirkan dalam mahkamah, maka kita perlu rujuk sebarang perkara kepada mahkamah.

    “Kita tidak boleh dahului proses mahkamah,” kata Fahmi.

    Menurut salinan surat yang dikeluarkan kepada kementerian, firma guaman Shafee and Co memaklumkan kepada Menteri bahawa dokumentari itu mengandungi beberapa komen orang yang ditemu bual yang menghina mahkamah kerana perbicaraan rasuah 1MDB bernilai RM2.27 bilion (kes 1MDB-Tanore) terhadap Najib.

    Najib juga menerusi peguamnya pada 8 Jan lalu, memohon pihak pendakwaan mengambil tindakan segera dengan mengarahkan perkhidmatan penstriman Netflix, mengeluarkan filem dokumentari Man On The Run yang sedang ditayangkan di negara ini.

    Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi ketika itu, dokumentari berdurasi satu jam 38 minit itu sangat subjudis terhadap anak guamnya kerana perbicaraan 1MDB sedang berjalan, dan pendakwaan terikat dengan tanggungjawab untuk mengambil tindakan segera.

    Sementara itu, Kim yang berpangkalan di Los Angeles merupakan pengarah, penerbit dan penulis yang membantu mencipta siri asal CNN “The Wonder List” dengan Bill Weir dan juga pernah bekerja di ABC News untuk program “Nightline” dan “What Would You Do?”

    Katanya, dia terdorong untuk mengusahakan dokumentari khusus ini kerana walaupun skop besar skandal itu namun dia ingin tahu bagaimana skandal 1MDB tidak sepenuhnya mendapat perhatian orang ramai, terutamanya di Amerika Syarikat.

    “Ia kisah yang luar biasa yang capaiannya menjangkau dan mengaitkan begitu banyak bahagian dunia kita yang dihormati oleh orang ramai, seperti Hollywood, Wall Street dan hal ehwal antarabangsa.

    ALSO READ:  Russia's Putin derides 'Russophobia' in Europe at World War Two memorial

    “Tetapi seperti banyak perkara gemerlapan dalam budaya, apabila anda mengangkat tudung yang menutupnya, anda melihat kebusukan sebenar di bawahnya.

    “Walaupun sebelum ini terdapat cerita tentang skandal ini dalam medium visual, percubaan itu dirasakan tidak lengkap dalam erti kata lain, kerana masih banyak yang belum ditentukan dalam mahkamah dan sistem politik Malaysia.

    “Malah semasa tempoh pasca produksi kami, terdapat dua perkembangan monumental di mana Najib telah dihantar ke penjara dan Anwar Ibrahim menjadi perdana Menteri Malaysia yang baru,” kata Kim.

    Dia berkata ia satu peluang untuk menceritakan kisah yang masih ditulis dalam masa nyata dan menyorot kerja luar biasa yang dilakukan oleh wartawan, pegawai penguatkuasa undang-undang, dan ahli politik pembangkang yang mengambil risiko besar untuk mendedahkan jenayah besar ini.

    Menurut Kim, tempoh produksi berlangsung kira-kira 18 bulan, dari konsep sehingga suntingan terakhir.

    “Sejujurnya, saya tidak percaya pembikinan filem ini memberi risiko besar kepada kami, selain daripada yang biasa dilakukan dengan sebarang usaha pembikinan filem.

    “Kebimbangan terbesar kami ialah mendapatkan pengedaran, kerana ia merupakan tempoh yang sukar untuk filem bukan fiksyen sepanjang tahun lalu,” tambahnya.

    Sambutan hebat

    Katanya, dia gembira melihat maklum balas positif terhadap dokumentari itu.

    “Saya gembira dengan maklum balas yang saya ketahui dan sentimen yang saya lihat dan terima daripada penonton. Mesej yang ingin kami sampaikan dengan filem itu nampaknya bergema dengan penonton dan untuk itu, saya benar-benar bersyukur.

    “Semua orang adalah pengkritik, tetapi saya gembira untuk melaporkan bahawa sebahagian besar maklum balas yang saya terima adalah positif dan menyokong,” katanya.

    Kim berkata pada masa ini, dia sedang menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Malaysia dan SKMM berhubung tuntutan untuk mengharamkan dokumentari itu di Malaysia.

    ALSO READ:  Johari hopes more MP’s will complete mandatory health checks

    “Saya juga sangat menunggu peluang untuk bercakap dengan Jho Low (Low Taek Jho),” katanya merujuk kepada ahli perniagaan dalam buruan yang dikatakan menjadi dalang skandal kewangan itu.

    Kim juga berkongsi projek lain dalam peranancangan dengan syarikat media bebasnya The Smoking Section.

    “Saya tidak sabar-sabar untuk menceritakan kisah lain yang menawan seperti ini, walaupun ia mungkin tidak semestinya timbul daripada alam bukan fiksyen.

    “The Smoking Section kini sedang dalam praproduksi bagi tiga filem pendek naratif genre berbeza, yang dijadualkan untuk tayangan menjelang akhir tahun ini.

    “Masa depan menanti,” kata Kim.

    [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts