Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPengasas syarikat kapal bingung penjelasan LPK

    Pengasas syarikat kapal bingung penjelasan LPK

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang ahli perniagaan tidak berpuas hati dengan Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) ekoran dakwaan badan itu bahawa dia mempertikaikan peraturan keselamatan pelabuhan dengan menyebut kapal bersaiz besar dibenarkan berlabuh “walaupun terdapat peraturan yang jelas.”

    Pengasas syarikat perkapalan Maritime Network Sdn Bhd, R Jeyendran, 48 mendakwa kenyataan LPK itu sebagai “membingungkan.”

    “Tuduhan bahawa kami telah mengabaikan aspek keselamatan dan menyebabkan suatu keadaan berbahaya apabila kapal bersaiz besar kepunyaan pelanggan kami berlabuh di pelabuhan tersebut.

    “Kami ingin memperjelaskan di sini bahawa kapal saiz tersebut telah berlabuh dengan kebenaran bertulis LPK.

    Gambar hiasan.

    “Kalau kami telah mendapat kebenaran dari pihak LPK, bagaimana pula sekarang kami dituduh sebagai mendatangkan bahaya kepada pelabuhan tersebut.

    “Kami dengan sesungguhnya berharap pihak LPK memberikan penjelasan yang sebenar kerana kenyataan sedemikian berbaur fitnah terhadap pihak kami dan kami juga berharap daripada memberikan kenyataan-kenyataan yang tidak tepat,” katanya kepada Malaysiakini.

    Ahli perniagaan itu mengulas kenyataan balas LPK berhubung kenyataan Jeyendran sebelum ini yang mendakwa LPK sebagai ‘lembap’.

    Sebelum ini, Jeyendran meminta Menteri Pengangkutan Anthony Loke supaya campur tangan dalam pengurusan LPK yang menurutnya sangat lembap dan tidak mesra pelanggan khususnya ketika berkomunikasi.

    Ini selepas, ahli perniagaan yang menceburi sektor perkapalan lebih 20 tahun berkata LPK perlu lebih profesional ketika berurusan dengan pelanggan.

    Katanya, pada 16 Okt, dia menghantar satu e-mel berhubung kerja-kerja penyelenggaraan yang dibuat di Pelabuhan Klang meminta LPK mengeluarkan jadual selama tiga bulan waktu terbaik untuk berlabuh.

    Namun, menurutnya selepas menunggu lebih empat hari, LPK tidak memberi sebarang maklum balas.

    Semalam, LPK dalam jawapan balas menafikan pihaknya lewat dalam membalas e-mel seperti didakwa oleh pengadu.

    ALSO READ:  Dua guru rugi lebih RM158,000 akibat penipuan dalam talian

    LPK berkata pihaknya telah menghubungi Northport, operator terminal pada 16 Oktober 2023 untuk berhubung dengan pengadu dan mendapatkan butiran mengenai jangkaan draf (kedalaman) kapal dalam tempoh tiga bulan untuk penyediaan jadual pasang surut air laut.

    Katanya, menjadi amalan biasa bagi ejen untuk meminta jadual pasang surut air laut kira-kira seminggu lebih awal daripada ketibaan kapal tetapi bukan tiga bulan lebih awal.

    Bagaimanapun, Jeyendran berkata dia masih tidak dapat menerima penjelasan LPK.

    “Saya ingin menyatakan kekecewaan saya terhadap respons yang diberi oleh pihak LPK kepada masalah yang dibangkitkan oled kami iaitu perkara kesulitan mendapat sebarang penjelasan dari pihak LPK.

    “Respons yang diberikan tersebut tidak berkaitan dengan perkara yang dibangkitkan oleh kami dan seterusnya menyebabkan soalan kami tidak terjawab.

    “Kekurangan respons dan kelewatan baru-baru ini dalam pembangunan infrastruktur pelabuhan adalah sangat membimbangkan. Langkah kami,yang telah diambil dengan berat hati, untuk melibatkan pihak yang berhasrat untuk mendapatkan respons yang sewajarnya, merupakan bukti kepada kekecewaan kami dengan keadaan semasa berhubung dengan perkara ini,” katanya.

    Pihak LPK, kata Jeyendran lagi telah membalas e-melnya selepas perkara tersebut dilaporkan dalam Malaysiakini.

    “Mereka membalas emel saya tak sampai 30 minit selepas kenyataan saya dilaporkan di Malaysiakini. Malah, mereka turut menghantar butiran mengenai jangkaan draf (kedalaman) kapal dalam tempoh tiga bulan untuk penyediaan jadual pasang surut air laut.

    “Kenapa sekarang boleh? Kalau sebelum ini mengambil masa yang panjang untuk membalasnya,” katanya.

    Malaysiakini telah menghubungi LPK menerusi e-mel dan pengerusi Lembaga Pengarah LPK Ean Yong Ean Wah dan masih belum menerima sebarang maklum balas.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts