Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPengasas syarikat kapal gesa MOT nilai semula pengurusan LPK

    Pengasas syarikat kapal gesa MOT nilai semula pengurusan LPK

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang pemain industri perkapalan menggesa Kementerian Pengangkutan (MOT) menilai semula pengurusan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) yang didakwa tidak cekap dalam operasi mengawal selia pelabuhan itu.

    Pengasas Maritime Network Sdn Bhd R Jeyendran berkata pengurusan LPK perlu dikaji semula jika pelabuhan itu ingin terus bersaing dengan pelabuhan-pelabuhan lain di rantau ini.

    “Kebimbangan paling ketara terhadap LPK termasuk kelewatan menyediakan maklumat yang diminta pemain industri termasuk pelanggan luar negara , pengabaian prosedur operasi standard (SOP) secara terang-terangan, dan kegagalan untuk menyesuaikan diri dengan permintaan industri maritim.

    “Pelabuhan Klang adalah aset ekonomi penting ada potensi besar untuk meraih keuntungan maksimum. Tetapi dengan pengurusan sedia ada sangat kesal, Pelabuhan Klang tidak merebut peluang untuk meningkatkan penjanaan hasil dan kecekapan operasi,” dakwanya.

    R Jeyendran, 48, turut menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengangkutan Anthony Loke menerusi emel agar segera bertindak berhubung apa yang dibangkitkannya.

    Dia juga mendakwa gesaan itu tidak bersifat peribadi tetapi mewakili suara pemain industri perkapalan yang lain.

    Jeyendran yang telah menceburi bidang perkapalan selama lebih 20 tahun turut membangkitkan kemalangan melibatkan sebuah bot barter trade dan dua kapal layar di Royal Selangor Yacht Club di Pelabuhan Klang, pada 12 November lalu.

    Dia berkata LPK seharusnya mengakui kelemahan mereka berhubung insiden tersebut.

    Menurut laporan Berita Harian pada 12 November lalu, Timbalan Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor Komander Maritim Sharenliza Ghazali berkata kemalangan itu berpunca daripada kerosakan enjin bot secara tiba-tiba ketika keluar dari Jeti Asa Niaga.

    Sharenliza berkata tiada kecederaan mahupun kehilangan nyawa berlaku dan bot berjaya dibawa keluar dari situ.

    Pada Oktober lalu, Jeyendran telah meminta Loke supaya campur tangan dalam pengurusan LPK yang didakwanya sangat lembab dan tidak mesra pelanggan.

    ALSO READ:  Ukrainian official reports 2 casualties in Zaporizhzhia from Russian missile strike.

    LPK pula dalam kenyataan balas menafikan segala dakwaan Jeyendran.


    Baca: SURAT | Jawapan Lembaga Pelabuhan Kelang terhadap dakwaan ‘lembap’


    Sementara itu, LPK ketika dihubungi berkata Jeyendran tidak sedia berjumpa dengan mereka untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan.

    ”LPK telah menghubungi (emel) Maritime Network dan meminta pengadu untuk mengadakan sesi perjumpaan untuk mengenal pasti isu-isu yang dibangitkan olehnya.

    ”Namun, pengadu tidak setuju berjumpa dengan kami. Kami sering menghubungi pengadu untuk menyelesaikan isu berdasarkan piawaian keselamatan antarabangsa,” kata LPK dalam kenyataan ringkas.

    Bagaimanapun Jeyendran tidak setuju dengan cadangan LPK agar mereka mengadakan pertemuan.

    ”Isu yang saya bangkitkan melibatkan kepentingan awam, bukan bersifat peribadi. LPK sepatutnya memanggil semua pihak yang terlibat bukan saya seorang sahaja,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts