Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPengasas Vern's beri keterangan pada Jakim isu logo kasut

    Pengasas Vern’s beri keterangan pada Jakim isu logo kasut

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Syarikat Vern’s Holding Sdn Bhd hari ini tampil memberi keterangan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung isu logo kasut keluarannya yang didakwa mirip kalimah Allah, tertera pada tapak kasut berkenaan.

    Pengasasnya Datuk Seri Ng Chuan Hoo atau dikenali sebagai Ah Foo, 51, hadir memberi keterangan hampir sejam kepada pegawai JAKIM di Putrajaya, bermula pukul 11 pagi tadi.

    Beliau yang ditemui media selepas memberi keterangan berkata pihaknya akan memberi kerjasama penuh berhubung siasatan JAKIM serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai isu itu.

    Beliau seterusnya memohon maaf dan bertekad menjadikan isu sebagai satu iktibar supaya ia tidak berulang pada masa hadapan.

    “Saya minta maaf (dalam) isu ini, saya belajar daripada salah faham ini dan akan lebih sensitif dan lebih berhati-hati pada masa hadapan. Masa depan berniaga kena berhati-hati dan hormat,” katanya sambil berulang kali menunduk memohon maaf.

    Ah Foo berkata ketika isu berkenaan tercetus, beliau telah mengarahkan supaya kasut berkenaan terus disimpan dan tidak dijual di mana-mana kedai.

    “Saya terus beri arahan, terus simpan dan tidak bagi jual lagi… langkah pertama kena hormat,” katanya.

    Sebelum ini tular satu video berdurasi tiga minit menerusi media sosial yang memaparkan seorang lelaki mendakwa kasut Vern’s yang dibelinya memaparkan logo yang seakan-akan kalimah Allah.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini berkata polis menerima lapan laporan di seluruh negara berkaitan isu logo berkenaan, dan kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

    Dalam sidang media hari ini pula Razarudin berkata 1,145 pasang kasut dirampas bagi membantu siasatan berkaitan isu berkenaan setakat ini.

    ALSO READ:  Bermula satu panggilan telefon, guru rugi lebih RM300,000

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts