Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPengasingan kuasa AG: Kajian empirikal dalam tempoh setahun

    Pengasingan kuasa AG: Kajian empirikal dalam tempoh setahun

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Kerajaan akan menjalankan kajian empirikal yang komprehensif dalam tempoh setahun sebelum memuktamadkan cadangan pengasingan kuasa antara peguam negara (AG) dan pendakwa raya.
    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman berkata kira-kira 19 undang-undang sedia ada serta Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi melaksanakan pengasingan kuasa itu.
    “Bagaimanapun perkara ini juga membabitkan kos yang memerlukan perbelanjaan tambahan kerajaan,” katanya ketika menyampaikan ucapan di majlis Syarahan Parlimen Siri 3.0: Membina Semula Negara Melalui Pembaharuan di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur malam tadi.
    Azalina berkata beberapa undang-undang dipinda apabila perlu bagi menangani dan memperbaiki tadbir urus di Malaysia dalam tempoh sembilan bulan lepas.
    Dia juga berkata kerajaan dalam proses untuk menggubal Rang Undang-Undang Kekebalan Negara yang akan menggambarkan prinsip undang-undang antarabangsa seperti kekebalan dan kedaulatan negara, status kedaulatan yang mutlak, kepastian dalam proses perkhidmatan bagi dokumen mahkamah di negara asing dan pengecualian kepada pemberian kekebalan itu.
    Dengan adanya undang-undang sedemikian, kata Azalina, negara berdaulat yang lain diharap dapat menjamin kekebalan kepada Malaysia berdasarkan prinsip timbal balik.
    “Kedaulatan Malaysia perlu dilindungi dan tidak boleh dipandang remeh seperti yang berlaku dalam kes penipuan oleh kumpulan Sulu,” katanya.
    Azalina juga berkata kerajaan perpaduan sedang memperinci Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) 1999 dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 bagi meningkatkan kepercayaan orang ramai serta keyakinan pelabur asing.
    Katanya pendekatan seluruh Malaysia, menyatupadukan rakyat, kerajaan dan masyarakat sivil diperlukan dalam usaha mencapai visi untuk membina Malaysia yang lebih baik dengan ekonomi teguh termasuk kemampanan fiskal, pertumbuhan inklusif, pekerjaan berkualiti dan pembaharuan institusi.
    “Kerajaan perpaduan mempunyai tanggungjawab moral dan perundangan kepada rakyat untuk memastikan pembaharuan ini ditangani dalam tempoh lima tahun,” katanya.
    Turut hadir Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul dan bekas Speaker Dewan Rakyat merangkap bekas Hakim Mahkamah Rayuan Mohamad Ariff Md Yusof.
    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts