Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPengawal keselamatan didakwa bunuh bayi sendiri

    Pengawal keselamatan didakwa bunuh bayi sendiri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi di Bangi hari ini atas pertuduhan membunuh anak kandungnya yang berusia enam bulan di sebuah pangsapuri di Beranang, Selangor.

    Mohamad Aizat Samin, 25, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurdiyanah Mohd Nawawi.

    Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

    Bapa dua anak itu didakwa membunuh anak lelakinya Muhammad Aysar Wildan di sebuah pangsapuri di Beranang pada 14 April lepas antara pukul 8 malam dan 7.40 pagi esoknya.

    Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan boleh membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun, dan sekiranya tidak dihukum mati, hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.

    Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur liyana Mohd Sulaiman tidak menawarkan jaminan dan memohon tarikh sebutan untuk mengetahui laporan kimia, forensik, bezah siasat serta toksikologi.

    Tertuduh diwakili peguam Arif Azmi.

    Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 28 Mei ini untuk sebutan kes bagi mengetahui perkembangan laporan itu.

    Pada prosiding itu, isteri tertuduh dilihat menangis di galeri awam.

    Rabu lepas Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Mohamad Nasir Drahman berkata lelaki itu membuat laporan polis pada pukul 8.52 pagi memaklumkan bayi itu tidak sedarkan diri di pangsapuri berkenaan.

    “Pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan pada badan bayi itu, namun hasil bezah siasat mengesahkan terdapat kecederaan di bahagian kepala yang bukan disebabkan oleh kemalangan,” katanya dan menambah lelaki itu didapati positif dadah jenis syabu.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts