Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPengeboman di Bali: Dua rakyat Malaysia mengaku bersalah bersubahat

    Pengeboman di Bali: Dua rakyat Malaysia mengaku bersalah bersubahat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dua rakyat Malaysia mengaku bersalah pada Selasa atas pertuduhan bersubahat dalam insiden pengeboman Bali pada tahun 2002, selepas ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo di Cuba sejak 2006.

    Menurut laporan The New York Times, Mohammed Farik Amin, 48, dan Mohammed Nazir Lep, 47, didakwa pada tahun 2021 iaitu 18 tahun selepas mereka ditahan di Thailand. Hukuman akan dijatuhkan pada minggu depan.

    Kedua-dua defendan telah ditahan selama bertahun-tahun dalam rangkaian penjara luar negara rahsia Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA).

    Pada tahun 2006, mereka dipindahkan ke Teluk Guantanamo untuk menghadapi perbicaraan di mahkamah khas keselamatan negara yang ditubuhkan bekas Presiden AS George W. Bush selepas serangan 11 Sept.

    Encep Nurjaman, juga dikenali sebagai Hambali dari Indonesia turut didakwa dalam kes yang sama.

    Pada Oktober lepas, New York Times melaporkan Mohammed Farik dan Mohammed Nazir telah mencapai persetujuan dengan pendakwa raya di Teluk Guantanamo untuk tuduhan menjadi ‘aksesori’ kepada serangan pengganas di Bali, oleh itu kes berkenaan diasingkan daripada kes Hambali.

    Hambali kini menghadapi pertuduhan membunuh, melakukan keganasan dan konspirasi dalam insiden pada tahun 2002 dan 2003 dan jika disabitkan bersalah dia boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

    Dalam pengakuan mengaku bersalah itu, Mohammed Farik dan Mohammed Nazir bersetuju untuk memberi keterangan terhadap Hambali, bekas pemimpin gerakan Jemaah Islamiyah, menurut laporan itu.

    Pada tahun 2018, Kedua-dua mereka didakwa dengan sembilan kesalahan yang dikaitkan dengan pengeboman kelab malam di Bali pada 2002 yang mengorbankan 202 orang dan pengeboman sebuah hotel yang meragut 11 nyawa pada 2003.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts