Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, October 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPengendali MyNewsHub dipanggil rakam percakapan - SKMM

    Pengendali MyNewsHub dipanggil rakam percakapan – SKMM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menghubungi pengendali akaun MyNewsHub untuk dirakam percakapan berikutan tindakan memuat naik dan memainkan semula klip video lama yang menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial.

    SKMM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya memandang serius penularan video berdurasi 1 minit 10 saat itu dengan tajuk “Tanya pasal kuarters jer dh kene mcm tu depan KSN!!” yang dilihat berniat untuk membina persepsi negatif terhadap penjawat awam.

    “Berdasarkan kenyataan media Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), video tersebut merupakan simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan sekiranya berdepan dengan situasi serangan provokatif,” menurut kenyataan itu.

    Menurut SKMM kes itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

    Suruhanjaya itu turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu.

    Terdahulu, JPA dalam kenyataan hari ini memaklumkan video tular melibatkan sekumpulan audiens dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali ialah video lama melibatkan simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,204FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts