Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman telah dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan hari ini. Beliau, yang berusia 67 tahun, dipilih secara sebulat suara oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Negeri selepas diusulkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan disokong oleh Adun Pertang Datuk Seri Jalaluddin Alias.
Setiausaha DUN, Mohd Amin Ludin memaklumkan dalam mesyuarat pertama penggal pertama DUN ke-15 di Dewan Negeri Sembilan, terdapat dua nama calon Speaker yang dikemukakan tetapi seorang daripadanya ditolak kerana tidak memenuhi syarat di bawah Peraturan 2 Perintah 7 (1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.
Pada persidangan tersebut, 34 ADUN mengangkat sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah. Menteri Besar Aminuddin menjadi orang pertama yang mengangkat sumpah, diikuti oleh 10 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) serta ADUN lain.
MK Ibrahim telah memaklumkan bahawa ADUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan dan ADUN Chennah, Anthony Loke, tidak hadir pada persidangan tersebut atas urusan rasmi.
Persidangan DUN ditangguhkan ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.