Polis hari ini menahan empat individu, termasuk pengerusi PSM Dr Michael Jeyakumar, kerana cuba menghalang pengusiran petani di Kanthan, Tambun, di Perak.
Tiga yang lain adalah ahli jawatankuasa PSM R Karthiges, anggota Pemuda PSM Perak P Kesavan, dan seorang petani yang dikenali sebagai Ho Pon Tien, kata timbalan pengerusi parti itu S Arutchelvan.
“Keempat-empat (individu) itu cuba menghalang pengusiran dan telah ditangkap. Mereka kini dalam trak polis dan belum dibawa ke mana-mana (lagi).
“Pihak berkuasa telah mula memusnahkan ladang,” kata Arutchelvan kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
[Berita penuh menyusul]