Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPenggunaan baja tinja ayam tak digalakkan

    Penggunaan baja tinja ayam tak digalakkan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan tidak menggalakkan penggunaan baja tinja ayam walaupun tiada sebarang peruntukan undang-undang di bawah bidang kuasa kementerian itu yang menghalangnya.

    Menterinya Mohamad Sabu berkata hal itu kerana baja berkenaan menyebabkan rasa tidak selesa kepada orang ramai kerana busuk dan berpotensi menyebabkan kelecuran sekiranya bersentuhan dengan tanaman.

    “Penggunaan baja tinja ayam juga boleh menyebabkan jangkitan penyakit kepada manusia,” katanya selepas menyempurnakan majlis penutup Hari Keusahawanan dan Kurikulum di Maahad Al-Ehya Assharif Gunung Semanggol, Bagan Serai malam tadi.

    Ia turut dihadiri lebih 300 tetamu.

    Mohamad berkata demikian sebagai mengulas aduan dibuat peniaga gerai makanan di sekitar Parit Haji Aman dan Parit Haji Tahir di Bagan Serai berkenaan kacau ganggu lalat dan pencemaran bau ekoran penggunaan tinja ayam di sebuah kebun sayur yang diusahakan etnik Rohingya.

    Mohamad berkata aduan boleh dibuat kepada pihak berkuasa tempatan untuk tindakan lanjut, dan sekiranya berlaku gangguan bau di sesuatu kawasan, maka mana-mana individu yang melaksanakan aktiviti pertanian ini boleh disiasat di bawah Seksyen 2 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

    Sementara itu, mengulas kegiatan pertanian dijalankan etnik Rohingya berdekatan kedua-dua lokasi terbabit, Mohamad berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan lokasi berkenaan dimiliki sepenuhnya oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

    “Ia merupakan kawasan rizab tali air yang dimiliki sepenuhnya oleh JPS. Tindakan sewajarnya mungkin boleh dilakukan oleh pihak berwajib berkaitan untuk melihat perkara ini dengan lebih lanjut,” katanya.

    Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata dia berpendapat stigma negatif merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kekurangan rakyat tempatan khususnya golongan belia menceburkan diri dalam bidang pertanian.

    ALSO READ:  Olympics-Boxing-Australia's Teremoana eyes medal but personal mission already accomplished

    “Dulu, kita kata tanam sayur tidak menguntungkan, namun kita tengok etnik Rohingya dan warga Myanmar mereka sanggup terjun ke bidang ini dan berjaya.

    “Jadi, ini merupakan cabaran sebenar rakyat Malaysia kena hadapi,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts