Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPenghantar makanan tuntut kadar upah asal dikembalikan

    Penghantar makanan tuntut kadar upah asal dikembalikan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sekumpulan penghantar makanan sebuah syarikat p-hailing hari ini menghantar memorandum kepada Kementerian Pengangkutan bagi memohon bantuan serta campur tangan kerajaan dalam menyelesaikan isu penurunan kadar upah mereka.  

    Memorandum itu diserahkan wakilnya, Mohd Adie Ali Nafiah kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengangkutan, Dr Nor Fuad Abdul Hamid di Putrajaya, yang turut dihadiri kira-kira 40 wakil penghantar makanan seluruh negara. 

    Mohd Adie, ketika ditemui pemberita, berkata beliau mahu syarikat p-hailing tersebut mengembalikan kadar upah dahulu iaitu RM5 bagi satu pesanan yang disifatkannya sebagai lebih baik berbanding hanya RM4 atau RM4.50 ketika ini. 

    “Kami (penghantar makanan) tidak berpuas hati dengan sistem baharu dan meminta syarikat ubah ke sistem sebelum ini. Ramai yang tidak setuju dengan kadar upah baharu yang bermula Januari lalu,” katanya. 

    Tuntutan lain adalah meminta syarikat p-hailing itu menambah baik pemulangan bayaran pembatalan pesanan yang melibatkan pesanan tunai berikutan tempoh pemulangan ketika ini mengambil masa terlalu lama. 

    Sementara itu, Setiausaha Agung, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor, yang turut hadir,  berkata kerajaan perlu membantu dan mengambil tindakan bagi memastikan kebajikan penghantar makanan terus terjaga.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts