Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPenghayatan modul Hadis 40 boleh elak gejala ekstremisme

    Penghayatan modul Hadis 40 boleh elak gejala ekstremisme

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang akan diperkenalkan di sekolah menengah kebangsaan agama dan sekolah agama bantuan kerajaan penting bagi menangani gejala radikalisme dan ekstremisme dalam masyarakat.

    Pejabat Menteri Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited untuk melaksanakan inisiatif itu kerana ia akan memberi impak positif serta gambaran sebenar nilai-nilai kesejagatan Islam serta pengamalannya dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

    KPM turut memaklumkan inisiatif itu hanya melibatkan guru dan murid beragama Islam, dan cuma dikembangkan ke sekolah-sekolah lain kemudian untuk kelas mata pelajaran Pendidikan Islam saja.

    “Pelaksanaan inisiatif Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi tidak akan melibatkan murid bukan Islam,” menurut kenyataan itu.

    Pejabat itu turut memaklumkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek telah menganjurkan pertemuan dengan 16 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili pelbagai latar belakang masyarakat pada Selasa lalu bagi membincangkan inisiatif berkenaan.

    Turut dibincangkan ialah kaedah pelaksanaan serta perkara lain yang melibatkan isu pendidikan negara.

    Menurut kenyataan itu, pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana muhibah, mencerminkan keterbukaan, kesepakatan dan komitmen semua pihak dalam membina Malaysia Madani berdasarkan formula kepelbagaian dalam bingkai kesatuan.

    “Sesi pertemuan seperti ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi menyampaikan maklumat tepat mengenai inisiatif-inisiatif KPM.

    “Ruang dialog juga dibuka seluasnya selaras dengan salah satu teras utama KPM iaitu untuk memperkasa komunikasi antara kementerian dengan setiap pemegang taruh,” menurut kenyataan itu.

    Enam belas NGO dan seorang ahli akademik yang menyertai perbincangan inisiatif itu ialah:

    Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)
    Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram)
    Persekutuan Pertubuhan Agama Tao Malaysia (FTAM)
    Persekutuan Kristian Malaysia (CFM)
    Persatuan Penganut Buddha Malaysia (MBA)
    Malaysia Hindu Sangam (MHS)
    Malaysian Gurdwaras Council (MGC)
    Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong)
    Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH)
    Tamil Foundation (TMF)
    Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran)
    Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN)
    Friendship Group for Inter-Religious Service (FGIS)
    Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong)
    Centre for Malaysian Chinese Studies
    LLG Cultural Development Centre
    Prof Dr Mohd Tajuddin Mohd Rasdi

    ALSO READ:  Two suspects remanded for allegedly offering bribe to JPJ officer

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts