Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPenguasaan Bahasa Melayu syarat permohonan kewarganegaraan - KDN

    Penguasaan Bahasa Melayu syarat permohonan kewarganegaraan – KDN

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penguasaan Bahasa Melayu kekal menjadi syarat untuk permohonan taraf kewarganegaraan seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

    Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menyatakan bahawa beberapa proses penapisan dilaksanakan termasuk ujian bertulis, temuduga secara lisan, dan ujian pengetahuan Bahasa Melayu kepada pemohon.

    “Seperti yang dikehendaki dalam Perlembagaan Persekutuan, pemohon kewarganegaraan di bawah Perkara 16 perlu mempunyai pengetahuan asas Bahasa Melayu manakala pemohon di bawah perkara 19 pula harus mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam Bahasa Melayu.

    “Ini bermakna, penguasaan Bahasa Melayu bagi pemohon taraf kewarganegaraan sangat ditekankan kerana syarat ini terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

    Beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Senator Abdul Nasir Idris yang ingin mengetahui sejauh mana penguasaan Bahasa Melayu diberi perhatian untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan.

    Shamsul Anuar menyatakan bahawa sehingga November lepas, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima sebanyak 32,000 permohonan kewarganegaraan.

    “Sehingga Oktober lepas, KDN telah meluluskan sebanyak 10,381 permohonan kewarganegaraan dan jumlah ini melebihi sasaran yang ditetapkan setiap tahun iaitu 10,000,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts