Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPenguatkuasa syariah sukarela T'ganu berdepan tuduhan cabul

    Penguatkuasa syariah sukarela T’ganu berdepan tuduhan cabul

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang pegawai penguatkuasa syariah sukarela (PPS) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman atas tuduhan kesalahan mencabul sebelum ini.

    Media tempatan melaporkan tertuduh, Shahar Rudin Abd Rashid, 53 tahun didakwa bertindak memeluk pinggang seorang wanita dalam satu kejadian di Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman, sekitar jam 7.00 petang Jumaat lalu.

    Ketika pertuduhan dibacakan, tertuduh hanya mengangguk faham dan minta dibicarakan.

    Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin.

    Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 25 tahun dengan cara memeluk bahagian pinggang bagi maksud mencabul kehormatan.

    Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun, denda dan sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

    Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tidak boleh mendekati dan menggangu mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai dibicarakan.

    Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Azhani Azman manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Ahnaf Zaimi.

    Mahkamah menetapkan 20 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

    Untuk rekod PPS merupakan pegawai sukarela yang bertugas di bawah JHEAT.

    Kesemua pegawai PPS yang dilantik akan dibekalkan dengan kad kuasa oleh JHEAT.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts