Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPengunjung, peniaga bazar Ramadan digalak bayar tanpa tunai

    Pengunjung, peniaga bazar Ramadan digalak bayar tanpa tunai

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani berharap agar lebih ramai pengunjung dan peniaga bazar Ramadan menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai setiap kali melakukan transaksi jual beli makanan dan minuman.

    Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata bahawa transaksi tanpa tunai bukan sahaja memudahkan urusan jual beli, tetapi juga mampu mengelakkan kejadian tidak diingini seperti jenayah penyeluk saku ketika berkunjung ke bazar Ramadan.

    “Pembayaran menggunakan kod QR (tanpa tunai) saya rasa lebih selamat dan mudah. Mereka boleh melihat segala transaksi dilakukan pada bila-bila masa sahaja dan isu tukar duit tidak akan berlaku jika mereka bayar tanpa tunai.

    “Selain itu, isu penyeluk saku juga tidak akan berlaku kerana mereka menggunakan pembayaran QR. Oleh itu, saya berharap agar pada masa akan datang, lebih ramai rakyat Malaysia akan menggunakan pembayaran dengan kod QR,” katanya.

    Johari menyuarakan pandangan tersebut selepas merasmikan tapak Bazar Ramadan Jalan Raja Alang hari ini, yang turut dihadiri oleh Ketua Kewangan Pengguna untuk Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank Malaysia (Maybank) Zolkefli Awang.

    Pada program tersebut, Maybank melalui kempen Scan & Pay turut menawarkan diskaun sebanyak RM2 kepada pengunjung yang menggunakan aplikasi MAE ketika berbelanja di gerai tertentu dengan pembelian minimum RM10.

    Promosi yang sama juga terpakai kepada pengunjung Bazar Ramadan Jalan Raja Uda, Melawati, dan Desa Pandan selain daripada Bazar Ramadan Jalan Raja Alang.

    Bagi peniaga yang menggunakan aplikasi MAE, mereka berpeluang untuk memenangi RM500 jika berjaya mendapatkan jumlah transaksi tertinggi sepanjang kempen berlangsung dari 12 Mac hingga 11 April ini.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts