Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPengurusan 1MDB sepatutnya lakukan usaha wajar mengenai PSI - saksi

    Pengurusan 1MDB sepatutnya lakukan usaha wajar mengenai PSI – saksi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sepatutnya telah melakukan usaha wajar mengenai kewujudan PetroSaudi International Ltd (PSI) sebelum dana 1MDB disalurkan kepada PSI untuk tujuan usaha sama.

    Bekas peguam kanan 1MDB Jasmine Loo Ai Swan, 50, yang membuat pengakuan itu semasa pemeriksaan balas oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata bahawa bukanlah tugas Datuk Seri Najib Tun Razak, yang merupakan pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB untuk mendapatkan maklumat mengenai kewujudan PSI di Arab Saudi.

    Sebelum ini pada 2019, bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberi keterangan dalam perbicaraan yang sama berkata bahawa perjanjian usaha sama antara 1MDB dan PSI pada 2009 adalah gagal.

    Sebagai rekod, dalam perjanjian usaha sama yang ditandatangani pada 28 Sept 2009, 1MDB telah menyalurkan AS$1 bilion untuk 40 peratus kepentingan dalam syarikat itu manakala PetroSaudi Holdings Cayman (sebuah syarikat yang kononnya merupakan anak syarikat PSI) menyuntik apa yang disifatkan sebagai aset bernilai AS$108 juta untuk baki 60 peratus kepentingan.

    Terdahulu, Muhammad Shafee mencadangkan kepada Loo bahawa apabila berurusan dengan 1MDB, ia melibatkan jumlah wang yang sangat besar dan sebagai peguam kanan, Loo perlu betul-betul yakin bahawa dia berurusan dengan entiti yang betul, dan Loo bersetuju dengan cadangan itu.

    Muhammad Shafee: Sebanyak mana anda tahu mengenai PSI?

    Loo: Pada masa itu apa yang saya tahu hanya berdasarkan dokumen yang diserahkan kepada saya seperti surat daripada bank dan maklumat yang diberikan kepada saya oleh Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi (bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB).

    Muhammad Shafee: Adakah tugas Perdana Menteri untuk menentukan sama ada PSI wujud di Arab Saudi?

    ALSO READ:  Debat secara beradab keperluan buat golongan muda - Fahmi

    Loo menjawab “tidak”.

    Peguam itu juga mencadangkan ia adalah tugas perunding undang-undang untuk 1MDB iaitu Wong & Partners dan Loo sendiri untuk menjalankan usaha wajar berhubung PSI sebelum menjalankan sebarang urusan dengan 1MDB, dan Loo menjawab “Ya”.

    Muhammad Shafee bagaimanapun tetap berpendapat bahawa PSI di Arab Saudi tidak wujud, tetapi Loo menyangkal dengan menyatakan bahawa terdapat beberapa maklumat yang tersedia untuknya yang akan merujuk kepada PSI.

    Muhammad Shafee: Saya katakan pada anda bahawa ia tidak boleh berada di sana. Syarikat itu tidak wujud (di Arab Saudi). Keseluruhan perkara tentang PSI adalah kerja penipu secara total.

    Loo: Kalau difikirkan balik, ya.

    Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya (sebagai perdana Menteri) untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

    Perbicaraan di hadapan Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts