Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPengurusan kes rayuan Syed Saddiq pada 14 Mei

    Pengurusan kes rayuan Syed Saddiq pada 14 Mei

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mahkamah Rayuan menetapkan 14 Mei depan bagi pengurusan kes rayuan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun dan dua kali sebatan bagi kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

    Peguam Syed Saddiq, Datuk Hisyam Teh Poh Teik ketika dihubungi mengesahkan penetapan tarikh pengurusan kes tersebut.

    Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes hari ini sebelum Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed menetapkan pengurusan kes seterusnya bagi rayuan tersebut berikutan alasan penghakiman dan rekod rayuan masih belum siap.

    Pada 9 Nov tahun lepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta dan dua sebatan terhadap Syed Saddiq selepas disabit dengan empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang.

    Syed Saddiq, 31, yang merupakan Menteri Belia dan Sukan dari 2018 hingga 2020 didakwa bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari Armada Rafiq Hakim Razali yang diamanahkan dengan dana Armada berjumlah RM1 juta untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.

    Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral, Kuala Lumpur pada 6 Mac 2020 mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan.

    Bagi pertuduhan kedua di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan, beliau didakwa menyalahguna harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu.

    Bagi dua pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA), beliau didakwa melakukan aktiviti pengubahan wang haram dengan memindahkan wang masing-masing RM50,000 dipercayai hasil aktiviti haram dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 Jun 2018.

    ALSO READ:  Indonesian K-pop fans rally for presidential candidate Anies

    Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts