Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPengusiran: Nasib 3,000 penduduk kampung di Labuan terumbang-ambing

    Pengusiran: Nasib 3,000 penduduk kampung di Labuan terumbang-ambing

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengusiran yang dilakukan berkira-kira jam 7 pagi hari ini apabila pasukan pelbagai agensi lebih 20 pegawai turun ke kampung itu.

    Kira-kira 3,000 penduduk di Kampung Gersik, Labuan telah diusir dari rumah mereka, selepas menerima notis oleh Majlis Ugama Islam Sabah (Muis).

    Penduduk memberitahu Malaysiakini mereka bimbang apabila nanti rumah mereka dirobohkan dan tidak ada tempat lain untuk berlindung.

    Menurut pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk kampung Omar Abbang, pengusiran bermula kira-kira jam 7 pagi hari ini apabila pasukan pelbagai agensi lebih 20 pegawai turun ke kampung itu.

    “Mereka termasuk pegawai polis, Jabatan Imigresen, Lembaga Elektrik Sabah, Perbadanan Labuan, Jabatan Bekalan Air Labuan, Pejabat Tanah dan Muis sendiri,” dakwa Omar yang berkongsi gambar dan video pengusiran itu dengan Malaysiakini.

    Katanya, walaupun pegawai menjalankan tugas dengan sopan, implikasi tindakan mereka itu membawa malapetaka kepada penduduk yang tinggal di situ.

    “Mereka merobohkan rumah kami. Apabila saya bertanya kepada mereka, dijangka kami nak pindah ke mana, wakil Muis hanya menjawab dia tidak tahu,” dakwa Omar.

    Malaysiakini telah menghubungi dan menghantar mesej kepada Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman berhubung perkara ini, tetapi dia masih belum memberikan maklum balas. Difahamkan dia dalam penerbangan pulang ke Labuan ketika ini.

    Begitu juga, Malaysiakini telah menulis kepada Muis dan dimaklumkan bahawa soalan-soalan itu telah dimajukan kepada pihak yang bertanggungjawab, tetapi tiada penjelasan lanjut telah diberikan.

    Semalam, Omar memberitahu Malaysiakini penduduk kampung menerima notis pengusiran itu enam bulan lalu, tetapi percubaan untuk melibatkan Muis dan pemimpin politik termasuk Ketua Menteri Sabah Hajiji Haji Noor dan Suhaili berhubung pengusiran itu telah gagal.

    Dalam notis bertarikh 22 Mei yang dilihat oleh Malaysiakini, penduduk dua lot di Kampung Gersik seluas 14 hektar diberitahu bahawa tanah yang didiami mereka didaftarkan kepada Muis dan mereka mesti mengosongkan premis itu dalam tempoh enam bulan.

    ALSO READ:  'Tinjauan pendapat minta Anwar gugur Zahid dari kabinet'

    “Kami sudah tinggal di sini untuk beberapa generasi,” katanya.

    Omar juga berkata kebanyakan penduduk kampung bekerja sebagai nelayan dan buruh serta menerima bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

    Sebanyak 95 peratus juga daripada mereka rakyat Malaysia, tambahnya.

    “Jadi kenapa tiada siapa pun beri respons?” soal Omar semalam.

    [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts