Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPeniaga bazar Ramadan sokong inisiatif WaW, elak bazir makanan

    Peniaga bazar Ramadan sokong inisiatif WaW, elak bazir makanan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Isu pembaziran makanan yang tidak terjual di bazar Ramadan mencetuskan ilham kepada pertubuhan What a Waste (WaW) untuk mengumpul lebihan makanan bagi diagihkan kepada golongan memerlukan.

    Bertemakan “Jadikan Ramadan Tanpa Pembaziran”, inisiatif itu dilaksanakan di enam lokasi di Selangor iaitu di bazar Ramadan USJ4, USJ7, Pinggiran Subang 1, SS19, Puchong Indah dan Putra Heights.

    Pengasas Waw, Alvin Chen berkata, kebanyakan peniaga menyambut baik idea berkenaan dengan mendaftarkan diri mereka sebagai rakan kongsi Waw menerusi aplikasi yang disediakan.

    “Semua para penjaja kami dah daftarkan. Mereka pun banyak membantu.

    “Hasil Kerjasama dengan para penjaja semua, setiap hari makanan lebihan akan mereka muat naik ke dalam aplikasi What a Waste,” jelasnya ketika ditemui di bazar Ramadan USJ4, Subang.

    Kata Alvin, lebihan makanan yang tidak terjual akan diletakkan di khemah WaW sebelum diagihkan oleh pasukan mereka kepada golongan yang memerlukan.

    Selain juadah berbuka puasa, WaW turut mengagihkan bahan mentah seperti sayur-sayuran kepada golongan tidak bernasib baik.

    “Setiap hari akan ada makanan berlainan. Hari ini kita ada cili jalapeño, kita sedia tahu cili ini mahal di pasaran,” tambah Alvin.

    Peniaga yang ditemui Malaysiakini turut memberikan reaksi positif berkenaan inisiatif tersebut.

    Peniaga kuih muih, Ainn Abas berkata, insiatif itu dapat mengelakkan makanan yang tidak habis dijual daripada terbuang.

    “Pada pandangan saya, usaha yang dijalankan ini amat bagus. Daripada kita membazir, baik kita bersedekah kepada mereka yang memerlukan.

    “Kalau tak bagi orang, kami akan sedekah lebihan makanan di masjid. Namun bila adanya WaW, urusan kami lebih dipermudahkan,” katanya.

    Sementara itu, peniaga ayam gunting, Zarina Zakaria pula memberitahu dia berasa selesa untuk bekerjasama dengan WaW kerana inisiatif digitalisasi yang memudahkan.

    ALSO READ:  Anwar to attend 25th annual Malaysia-Brunei leaders' consultation

    “Program ini memberi manfaat kepada orang ramai. Bila kita bagi makanan yang tidak terjual kepada WaW, pihaknya akan agih kepada mereka yang memerlukan,” jelas Zarina.

    Seorang pengunjung bazar Ramadan, Akmal Arief berkata program itu dapat membantu meringankan beban golongan tidak berkemampuan sepertinya.

    “Saya berasa terkejut ditawarkan cili jalapeño ini.

    “Walaupun hanya sekadar cili, agak susah untuk mendapatkannya kerana harga yang mahal di pasaran. Saya kira beruntung dapat peluang ini,” katanya.

    Digitalisasi bantu perluas WaW

    Menurut Alvin, hasil kerjasama dengan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) memberi peluang kepada WaW untuk memperluas inisiatif mereka dengan cara yang lebih efektif.

    “Tahun ini kami diminta untuk menjangkau kawasan yang lebih luas. Tetapi untuk melakukannya secara fizikal, ia akan melibatkan kos dan tenaga kerja yang banyak.

    “Jadi kami mengambil peluang untuk mendigitalkan segala operasi What a Waste,” katanya.

    Dia berkata, dahulu pihaknya harus mengambil dan menimbang lebihan makanan yang tidak terjual secara manual dan menghantarnya dari satu tempat ke satu tempat.

    Namun dengan adanya kaedah digital, mereka boleh tahu berat lebihan makanan berdasarkan gambar yang diterima oleh peniaga setelah habis operasi perniagaan.

    Pengagihan makanan kepada mereka yang memerlukan juga dipermudahkan dengan adanya kaedah digital yang dibangunkan oleh pertubuhan itu sendiri.

    “Kini kami hanya menghubungi kumpulan sasaran seawal sebulan sebelum program, kemudian wakil mereka boleh datang ke sini (tempat pengambilan) untuk mengambil makanan,” jelas Alvin kepada Malaysiakini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts