Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPenjawat awam dapat bayaran insentif awal RM2,000

    Penjawat awam dapat bayaran insentif awal RM2,000

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Sementara menunggu semakan semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam siap, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju memberi bayaran insentif awal sebanyak RM 2,000 ringgit kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah.

    “Sukacita diumumkan, kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saranan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah.

    “(Ini) termasuk lantikan kontrak dan RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

    Anwar berkata bayaran insentif RM1,000 turut dipanjangkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

    “Bayaran ini akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal,” katanya.

    Kajian Sistem Saranan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini akan meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan. Kali terakhir, semakan dilakukan adalah pada tahun 2012.

    Perdana Menteri berkata, kerajaan turut menyarankan majikan swasta mengkaji kesesuaian saraan serta ganjaran kepada pekerja mengambil kira cabaran kos sara hidup semasa.

    “Tahun hadapan, kerajaan akan mula mempergiat sesi libat urus. Saya menyeru untuk pihak swasta untuk memberi ganjaran terutamanya syarikat yang mempunyai keuntungan yang munasabah,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts