Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPenjawat awam Terengganu dapat bonus RM2,000

    Penjawat awam Terengganu dapat bonus RM2,000

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan Terengganu telah menetapkan pemberian bonus sebanyak RM2,000 untuk semua penjawat awam Negeri pada tahun ini.

    Setiausaha Kerajaan Negeri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata penetapan itu dibuat supaya selari dengan jumlah bonus yang diumumkan kerajaan pusat.

    Katanya pembayaran bonus kepada 14,457 penjawat awam Negeri itu juga akan dibuat selaras dengan kerajaan pusat iaitu pada akhir Februari ini.

    “Saya tahu ramai tertunggu-tunggu bonus… kita dah buat ketetapan. Seperti kata Menteri besar…(bonus) itu adalah pentadbiran.

    “(Jadi) kalau ikut pentadbiran kita ikut yang disarankan oleh Persekutuan sebanyak RM2,000.

    “Dah tetap… tunggu masa sebelum atau akhir Februari sebagaimana yang dipekelilingkan oleh Persekutuan,” katanya pada majlis pelancaran Hari Pangkalan Data Utama (Padu) bersama penjawat awam peringkat Terengganu di Wisma Darul Iman hari ini.

    Turut hadir Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Terengganu Marlini Sahul Hamid dan pengarah jabatan penerangan Negeri Sait Yaman.

    Dalam pada itu, Tengku Farok Hussin turut menyeru semua penjawat awam Negeri itu agar segera mendaftar dengan sistem Padu bagi memastikan mereka mendapat manfaat yang disediakan kerajaan.

    Katanya mengikut maklumat Jabatan Perangkaan Malaysia Terengganu, lebih 2,000 daripada 14,457 penjawat awam Negeri telah mendaftar dengan Padu setakat hari ini.

    “Kerajaan Negeri akan memantau prestasi pengemaskinian maklumat Padu oleh lebih 14,000 pejawat awam Negeri. Ini bagi memastikan tiada individu tercicir dan sentiasa dalam radar kerajaan.

    “Pengemaskinian semula di sistem Padu juga perlu dilakukan bagi mendapatkan gambaran status terkini rakyat untuk kerajaan menambah baik mekanisme penentuan kumpulan sasar,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts