Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPenternak lapor polis, dakwa PBT sita haiwan dari kandang

    Penternak lapor polis, dakwa PBT sita haiwan dari kandang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sekumpulan penternak lembu dan kerbau membuat laporan polis selepas mendakwa haiwan ternakan mereka di dalam kandang di kawasan persendirian disita Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Daerah Kampar (MDKpr).

    Wakil penternak, Mohamad Yusof Yasin, 65, berkata satu laporan polis dibuat Rabu lepas di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar berhubung insiden pada 23 April di Kampar apabila seorang penternak mendapati dua ekor kerbau mereka hilang.

    Beliau berkata berdasarkan rakaman video yang diperoleh, kerbau terbabit telah ditarik keluar dari kandang dan dibawa menggunakan sebuah kenderaan PBT itu pada waktu subuh.

    “Kami tidak nafikan mereka buat tangkapan ternakan yang berkeliaran di jalanan, kawasan perumahan dan kami akur dikompaun oleh PBT.

    Pukul rata

    “Tetapi dalam kes ini mereka seolah-olah mengambil kesempatan pukul rata menjalankan operasi sama ke atas ternakan yang berada dalam kawasan persendirian termasuk kandang milik penternak,” katanya dalam sidang media di Kampar hari ini.

    Sementara itu, peguam yang dilantik mewakili penternak Amirul Fairuzzeen Jamaluddin berkata pihaknya membuat aduan rasmi seperti diminta dan akan diserahkan kepada MDKpr dalam masa terdekat termasuk tindakan susulan dari segi undang-undang.

    Pihak media cuba mendapatkan maklum balas MDKpr berhubung perkara itu dan PBT terbabit memohon memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut.

    Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Mohamad Nazri Daud ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada 24 April lepas.

    “Kertas siasatan mengenai kes ini telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts