Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPenunjuk perasaan kutuk peranan AS dalam serangan Gaza

    Penunjuk perasaan kutuk peranan AS dalam serangan Gaza

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kira-kira 150 orang berhimpun di luar kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur malam ini bagi membantah sokongan terbuka kuasa besar dunia itu kepada Israel dalam konflik berterusan dengan Palestin.

    Berkumpul lebih 200 meter dari kedutaan AS, pemimpin politik, aktivis, dan ahli NGO pro-Palestin menunjukkan solidariti dengan rakyat Palestin yang diserang oleh rejim Zionis.

    Mereka menyuarakan kecaman terhadap kejadian terbaru, khususnya letupan di sebuah hospital di Semenanjung Gaza.

    Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia, Badereddin Seyam berkata himpunan ini diadakan sebagai tindak balas terhadap Washington yang memberikan kebenaran kepada Israel untuk “memusnahkan” tanah air dan rakyat Palestin.

    “Pentadbiran AS, beri ‘lampu hijau’ kepada kerajaan (perdana Menteri Israel Benjamin) Netanyahu untuk memusnahkan tanah kami, untuk memusnahkan rakyat kami.

    “Kita perlu berjuang di sini. Kita perlu menyuarakan untuk menunjukkan solidariti dengan rakyat kita di Palestin,” kata Badereddin ketika berucap kepada orang ramai malam ini.

    Turut hadir, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir dan Pengerusi Amanah Terengganu Raja Kamarul Baharin.

    Terdahulu, penunjuk perasaan melaungkan “musnahkan Israel” sambil mengibarkan bendera Palestin.

    Ketika berucap, Mukhriz berkata pemimpin AS, United Kingdom, dan pemimpin dari negara-negara menyokong Israel perlu dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

    “Senjata yang digunakan Israel ini diberikan oleh Amerika adalah untuk membunuh Israel, Israel ini adalah negara tidak mengikut undang-undang.

    “Ini adalah satu jenayah peranang yang perlu dihadapkan ke mahkamah dunia atas jenayah peranang yang mereka lakukan terhadap Palestin.

    “Rakyat Malaysia perlu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel terhadap Palestin dan rakyat Malaysia tidak pernah melupakan rakyat Palestin,” katanya.

    Sementara itu, Raja Bahrin menyoal kenapa peperanangan Palestin di Gaza dinafikan bantuan sedangkan Ukraine mendapat sokongan untuk berperanang dengan Rusia.

    ALSO READ:  20 Mei sebutan semula kes bunuh Bella

    “Kalau dahulu mereka (Israel) kata mereka dipenjarakan, hari ini Gaza merupakan penjara terbesar di dunia.

    “Rakyat Palestin dikongkong, disumbat, dan dinafikan air minum, makanan, dan perubatan. Itulah kekejaman Israel. Itulah yang digalakkan oleh Amerika.

    “Kalau di Ukraine, apabila Rusia memasuki Ukraine, seluruh dunia keluar membantu Ukraine.

    “Tetapi kenapa tidak di Gaza? Kenapa Gaza dinafikan? Dan patut lah apabila presiden Amerika (Joe Biden) mahu pergi ke Israel, satu peristiwa besar yang amat menyayat hati apabila lebih 500 nyawa Palestin terkorban dalam satu pertembungan yang amat dahsyat yang tidak pernah terlihat,” katanya.

    Terdahulu, lebih 30 anggota polis berada di situ menghalang penunjuk perasaan daripada berarak ke kedutaan Amerika Syarikat.

    Setelah berbincang dengan polis, penunjuk perasaan bersetuju untuk tidak berarak sebelum bersurai selepas berhimpun lebih sejam.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts