Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPenunjuk perasaan PJD Link buat demo senyap depan MB

    Penunjuk perasaan PJD Link buat demo senyap depan MB

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sekumpulan penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi senyap menentang projek lebuh raya bertingkat Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link) pada forum yang dihadiri Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

    Pihak berkepentingan merangkap pengerusi Residents Against PJD Link David Yoong berkata demonstrasi itu dilakukan kerana tema forum itu sejajar dengan isu yang mereka perjuangkan.

    “Acara itu adalah forum mengenai pemanasan global dan alam sekitar. Apabila saya melihat poster acara itu, saya bertanya kepada ahli saya sama ada mahu melakukan demonstrasi senyap,” katanya kepada Malaysiakini.

    Selepas terburu-buru menyiapkan poster, Yoong dan enam penunjuk perasaan lain menghadiri forum tersebut dan menunggu Amirudin menghabiskan ucapannya sebelum memasang dua kain rentang mereka.

    Dua sepanduk itu mengandungi perkataan: “PJD Link membinasakan Alam Sekitar dan “PJD Link meningkatkan pemanasan”.

    “Selepas kami berdiri, kami sepatutnya berpusing dan menunjukkan sepanduk kepada hadirin yang lain. Tetapi penganjur menyuruh kami duduk, difahamkan kerana mereka fikir kami merosakkan majlis.

    “Jadi apabila kami disuruh duduk, kami duduk. Mereka tidak bertindak kasar atau paksa kami,” katanya.

    Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

    Majlis itu diadakan di PJ Live Arts Hall, Jaya One, Seksyen 13 semalam.

    Daripada tujuh penunjuk perasaan, Yoong berkata hanya dua yang berdiri untuk mengelakkan terlalu banyak kekecohan.

    “Semasa ucapan Amirudin, dia bercakap mengenai perananan Negeri dalam menangani kebimbangan alam sekitar, tetapi pada masa sama, mereka masih mempertimbangkan projek yang merosakkan alam sekitar dengan kesan yang tidak dapat dipulihkan,” katanya.

    Yoong berkata keputusan untuk mengadakan bantahan itu adalah kerana kumpulan itu kecewa dengan sikap tidak responsif Amirudin terhadap surat dan memorandum mereka terhadap projek itu.

    “Kemudian semasa acara itu, ketika Amirudin hendak menandatangani buku yang dilancarkan semasa forum itu, kami berdiri semula dan ketika itulah mereka merampas sepanduk kami dan merenyukkannya.

    ALSO READ:  Bicara warga Israel dagang senjata, miliki peluru bermula 30 Sept

    “Perjuangan saya bukan menentang penganjur. Tujuan saya ialah mahu memberitahu Amirudin bahawa ada orang yang menentang projek itu,” tambahnya.

    Walaupun kerajaan Negeri telah membatalkan lebuh raya itu pada Julai tahun lepas, Amirudin berkata projek itu akan dihidupkan semula jika ia memenuhi “keperluan” tertentu.

    Yoong berkata buat masa ini, kumpulan itu tidak bercadang untuk mengadakan demonstrasi lagi dan akan membiarkan tindakan undang-undang berjalan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts