Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPenyelesaian bon 1MDB: Peguam dakwa tindakan SPRM berniat jahat

    Penyelesaian bon 1MDB: Peguam dakwa tindakan SPRM berniat jahat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Percubaan SPRM untuk memintas keistimewaan hubungan peguam-anak guam melalui tuntutan mahkamah adalah semata-mata dengan niat jahat dan untuk mendapatkan kelebihan tidak adil dalam pertikaian berterusan antara kerajaan dan Goldman Sachs berhubung penyelesaian bon AS$6.5 bilion (RM30 bilion) 1MDB, kata seorang peguam.

    Dalam afidavit sebagai tindak balas terhadap tindakan undang-undang SPRM terhadap Chetan Jethwani & Company, pemilik tunggal firma guaman itu, Chetan Jethwani menegaskan bahawa hubungan peguam-anak guam itu adalah berkaitan dengan dokumentasi yang melibatkan pelanggan firmanya, Goldman Sachs.

    Peguam itu berhujah bahawa SPRM dan pegawainya menyalahgunakan kuasa mereka untuk mencipta tanggapan salah laku semata-mata bagi mendapatkan kelebihan tidak adil terhadap anak guamnya dan mencemarkan nama baiknya.

    Chetan berhujah bahawa relif yang diminta oleh SPRM melalui tindakan mahkamah adalah terlalu luas dan sembarangan.

    Katanya, SPRM juga tidak menggunakan semua cara yang ada untuk mendapatkan maklumat yang dicari tanpa perlu melanggar keistimewaan peguam-anak guam.

    “Sejumlah besar maklumat yang dicari sudah tersedia dan dalam jagaan pemohon (SPRM) atau sebaliknya tidak diperlukan untuk siasatan yang didakwa,” kata Chetan.

    Dua minggu lalu, SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cuba menggeledah dan menyita dua firma guaman termasuk Chetan Jethwani & Company.

    [Baca berita penuh](https://www.malaysiakini.com/news/682985)

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts