Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPerancis bakal haramkan wanita Islam pakai abaya di sekolah

    Perancis bakal haramkan wanita Islam pakai abaya di sekolah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Perancis merancang untuk mengharamkan abaya, pakaian panjang labuh yang dipakai oleh wanita Islam, di kawasan sekolah, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik kenyataan Menteri pendidikan negara itu pada Ahad.

    Gabriel Attal memberitahu penyiar TF1 bahawa kerajaan merancang menyediakan “peraturan jelas” mengenainya kepada pegawai sekolah di seluruh negara.

    Attal juga berkata beliau akan berbincang dengan pentadbir sekolah mulai minggu depan untuk membantu mereka menguatkuasakan larangan pemakaian seperti jubah yang menutup seluruh badan.

    Keputusan itu adalah yang terbaharu dalam pelbagai sekatan ke atas pakaian umat Islam di Perancis, dengan pengkritik mendakwa kerajaan mensasarkan masyarakat Islam menerusi dasar dan kenyataan, termasuk oleh Presiden Emmanuel Macron bahawa agama itu “menghadapi krisis”.

    Masjid dan badan amal turut diserbu selain melaksanakan undang-undang “anti-pemisahan” yang mengenakan sekatan secara meluas terhadap masyarakat Islam.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts