Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPerantau Kelantan disaran pulang beraya guna jalan Gua Musang-Jeli

    Perantau Kelantan disaran pulang beraya guna jalan Gua Musang-Jeli

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan menyarankan sebahagian daripada peranantau agar menggunakan laluan FT04 iaitu jalan Gua Musang-Jeli sebagai laluan penyuraian trafik pada musim perayaan Aidilfitri ini.

    Pengarah JKR Kelantan Mohd Suhaili Ismail berkata pemandu yang menghala ke Rantau Panjang, Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat, dinasihatkan agar menggunakan laluan terbabit bagi menampung jangkaan pertambahan mendadak kenderaan yang memasuki Negeri ini melalui jalan Gua Musang-Kuala Lipis bermula Jumaat ini.

    Beliau berkata langkah berkenaan merupakan inisiatif mitigasi daripada JKR dalam mengurangkan kesesakan jalan raya di pintu masuk utama Kelantan.

    “Kebiasaannya pengguna jalan raya akan tertumpu kepada laluan Gua Musang-Kuala Krai (FT08), jadi kita minta kerjasama peranantau untuk menukar laluan menggunakan jalan Gua Musang-Jeli (FT04).

    “Beberapa papan tanda akan diletakkan untuk memaklumkan peranantau supaya menggunakan laluan ini. Dengan ini, kita dapat mengurangkan jarak kesesakan jalan Gua Musang-Kuala Krai,” katanya kepada pemberita pada Mesyuarat Penyelarasan Trafik di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, di Gua Musang.

    Mengulas lanjut, Mohd Suhaili berkata sebagai langkah keselamatan dan pemantauan musim perayaan, kerajaan telah mengazetkan larangan kenderaan berat menggunakan jalan raya bermula 8 April sehingga 14 April.

    Justeru katanya, JKR Kelantan akan mula membuka laluan sempit di Bulatan Tanah Putih menghala ke Taman Wangi serta bandar Gua Musang.

    “Laluan itu pada awalnya disempitkan bagi mengelakkan dimasuki kenderaan berat, namun bermula 6 April ini, kita akan melebarkannya semula sebagai persediaan menerima kemasukan kenderaan peranantau yang dijangka mula pulang beraya bermula Jumaat (5 April) ini.

    “Kita juga minta kerjasama penuh daripada Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang sekiranya perlu menempatkan anggota secara statik terutamanya di laluan sempit di sempadan Merapoh, Pahang dan Kampung Mentara, Gua Musang memandangkan lokasi tersebut kerap berlaku trafik yang tidak terkawal seperti berebut dan potong barisan,” katanya.

    ALSO READ:  ‘Kalau 20 saja dari 22 ketua bahagian dapat, lebih baik semua tak dapat’

    Mohd Suhaili berkata JKR juga mengekalkan laluan dua hala dari Bulatan Tanah Putih menghala ke Taman Wangi sepanjang cuti perayaan ini.

    “Sekiranya berlaku kesesakan melampau, kita akan mengumumkan makluman berkenaan perubahan kelak. JKR akan mengambil tindakan dari semasa ke semasa bergantung kepada situasi semasa termasuklah menggunakan semula jalan alternatif seperti tahun sebelumnya,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts