Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPeratus mengundi turun, kos haji naik antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

    Peratus mengundi turun, kos haji naik antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Isu penurunan peratusan keluar mengundi serta peningkatan kos mengerjakan haji akan dibincangkan dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

    Menurut aturan urusan mesyuarat Parlimen, Datuk Seri Shahidan Kasim (PN-Arau) akan bertanyakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tentang penurunan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13, 14 dan 15 serta usaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangani isu tersebut.

    Mohamad Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar) pula akan mengutarakan soalan kepada perdana Menteri mengenai faktor yang menyumbang kepada peningkatan kos mengerjakan haji dan syarat serta kelayakan baru yang ditetapkan.

    Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) pula akan meminta penjelasan daripada Menteri pertahanan mengenai penilaian semula pencen 21 tahun perkhidmatan untuk anggota Angkatan Tentera Malaysia.

    Sidang Dewan Rakyat akan diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di peringkat jawatankuasa selepas sesi soal jawab.

    Perbahasan rang undang-undang itu dijadual berlangsung selama 12 hari hingga 27 November menurut takwim Parlimen.

    Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 32 hari bermula 9 Oktober lepas.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts