Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPerbicaraan kes hasutan pemimpin Bersatu bermula 22 April 2024

    Perbicaraan kes hasutan pemimpin Bersatu bermula 22 April 2024

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah menetapkan lima hari bermula 22 April 2024 bagi perbicaraan kes Senator Datuk Razali Idris yang didakwa menyebut perkataan menghasut dengan menyifatkan keputusan institusi kehakiman dikawal oleh kerajaan.

    Razali, 57, yang juga ketua penerangan Bersatu didakwa menyebut perkataan menghasut itu pada majlis pelancaran jentera pilihan raya PRN bagi Pilihan Raya Kecil Kemaman di Terengganu bulan lepas.

    Beliau didakwa menyebut perkataan menghasut itu di Padang Astaka Chukai, Kemaman antara 9.30 malam hingga 11.30 malam pada 10 November.

    Hakim N Priscilla Hemamalini menetapkan 22 hingga 26 April tahun depan untuk perbicaraan ketika sebutan kes itu hari ini.

    Sebelum ini, peguam Hasshahari Johari Mawi yang mewakili Razali memohon mahkamah menetapkan tarikh bicara selepas pihaknya menerima dokumen berkaitan kes dari pendakwaan.

    Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal mengesahkan dokumen berkenaan telah diserahkan kepada pihak pembelaan mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah.

    Pada 24 November lepas, Razali yang juga Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu mengaku tidak bersalah atas dakwaan itu.

    Beliau didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts