Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPereka: Kaligrafi Allah diguna pada stoking tanpa kebenaran

    Pereka: Kaligrafi Allah diguna pada stoking tanpa kebenaran

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pereka kaligrafi kalimah ‘Allah’ yang digunakan pada stoking yang mencetuskan kemarahan umat Islam minggu lalu telah mengecam pengeluar produk itu kerana menggunakan karya seninya secara tidak wajar.

    Abdulaziz Sahin, yang berasal dari Turkiye berkata syarikat pengeluar Miranosock telah menggunakan kaligrafi tersebut tanpa kebenarannya dan mereka tidak menghormati kesucian kalimah tersebut apabila menggunakannya sebagai logo pada stoking.

    “Saya menyedari isu itu melalui mesej yang saya terima pada profil Behance (sosial media Adobe) saya. Karya saya digunakan tanpa kebenaran.”

    “Insiden ini disebut dalam dua mesej yang saya terima. Ini terang-terangan pencurian dan tidak menghormati (kalimah Allah),” katanya dalam satu kenyataan melalui e-mel kepada Malaysiakini.

    Sambil berkata kontroversi itu turut menjejaskan dirinya sebagai pengkarya yang mereka logo kaligrafi itu, Abdulaziz melahirkan harapannya agar pihak yang bertanggungjawab akan dipertanggungjawabkan oleh sistem keadilan.

    “Saya berharap pihak berkuasa kehakiman akan menyelesaikan proses undang-undang dan jenayah yang diperlukan secepat mungkin.

    “Ia amat memberi kesan kepada saya bahawa karya saya digunakan tanpa kebenaran saya dan mereka menggunakannya secara tidak hormat tanpa mengambil kira sensitiviti agama.

    “Saya mengutuk sekeras-kerasnya mereka yang melakukan perkara ini,” katanya.

    Malaysiakini telah menghubungi Abdulaziz untuk mendapatkan komen selepas netizen pada perbincangan dalam talian memberitahu logo kalimah Allah pada stoking kontroversi itu adalah karya seninya.

    Kontroversi itu timbul dua minggu lalu apabila imej stokin tertera perkataan Allah yang dijual di kedai KK Mart Bandar Sunway tular di media sosial.

    Susulan kekecohan itu, KK Mart mengeluarkan permohonan maaf kepada semua pelanggannya, khususnya masyarakat Islam, dan mengesahkan bahawa tindakan segera telah diambil untuk menghentikan penjualan stokin itu.

    ALSO READ:  Grab dituduh 'greenwashing' tawar bayaran tebus karbon lekeh

    Ini termasuk menamatkan kontraknya dengan pembekal tempatannya Xin Jian Chang.

    Pembekal itu, sebaliknya, menyalahkan pengeluar di China kerana tersilap menghantar stokin kepadanya, yang kemudiannya terlepas pandang.

    Sebaliknya, laporan polis beramai-ramai dibuat berikutan polis tidak bertindak awal.

    Salah seorang yang lantang berkempen dan membuat laporan polis ialah Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh.

    Kes itu telah dibawa ke mahkamah pada hari Selasa apabila pihak berkuasa mengenakan tuduhan jenayah terhadap dua syarikat dan lima pengarah.

    [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts