Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPerenang bertangan satu Carmen Lim perjuangkan atlet para

    Perenang bertangan satu Carmen Lim perjuangkan atlet para

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    MALAYSIANSKINI | Walaupun lahir dengan hanya satu tangan, Carmen Lim berjaya mengatasi para perenang terbaik dalam kategori S8 di Asia Tenggara sejak berumur 15 tahun.

    Namun, dia tidak pernah merancang menjadi perenang profesional.

    Sejak kecil lagi, Carmen, yang berharap akan mewakili negara di Kejohanan Paralimpik di Paris tahun ini, bercita-cita menjadi peguam.

    Kini, dia berjaya dalam mencapai kedua-duanya – menjadi perenang terulung dalam kategorinya di Asia Tenggara dan merangkul ijazah Sarjana Muda dalam Undang-Undang (BA Law) dari Universiti Cambridge yang tersohor.

    “Saya tidak pernah benar-benar memikirkan tentang sukan renang sebagai kerjaya profesional sebelum ini kerana keluarga saya sentiasa memberi tumpuan kepada pendidikan saya, dan renang hanya dilihat sebagai aktiviti kokurikulum,” kata Carmen, yang membawa pulang tiga pingat emas dan satu pingat gangsa dalam Sukan Para Asean 2023 di Kemboja.

    Walaupun hanya melihatnya sebagai aktiviti sampingan, anak kelahiran Subang Jaya ini telah memegang rekod untuk 50m gaya bebas (S8) selama hampir satu dekad.

    Lebih mengagumkan lagi, sejak menetapkan rekod baru pada tahun 2015, hanya Carmen yang memecahkan rekodnya sendiri – pertama kali di Kejohanan Para Asean pada tahun 2017 dan sekali lagi pada kejohanan yang sama pada tahun 2023, mencatatkan masa terbaik 34.43 saat.

    Carmen Lim di Sukan Para Asia ke-4 di Hangzhou, China pada tahun 2023.

    Dalam sukan para, terdapat pelbagai kategori berdasarkan ketidakupayaan, untuk mencipta medan persaingan yang lebih adil.

    Namun Carmen, 24, tidak berasa kekurangan walaupun dia lahir tanpa lengan kirinya. Ini kerana ibu bapanya tidak pernah melayan dia dengan cara yang berbeza.

    “Mungkin ini bukan tanggapan semula jadi untuk orang lain kerana mereka ada dua tangan.

    “Tapi bagi saya biasa dengan keadaan saya sekarang dan saya tak dapat bayangkan bagaimana rasanya kalau saya ada lengan kiri.

    ALSO READ:  Kempen unik senaman dumbel calon Balakong

    “Jika anda meminta saya membayangkan diri saya dengan lengan kiri, saya hanya boleh bayangkan satu benda berat di bahagian kiri saya. Saya tidak bayangkan bagaimana ada lengan kiri yang boleh bergerak,” katanya.

    Kejayaan mengejut

    Kejayaan terbarunya adalah satu kejutan buatnya kerana dia hanya berlatih secara profesional selama 10 bulan sebelum menyertai kejohanan tersebut.

    Sebelum itu, dia berehat sementara dan hanya berenang separuh masa, untuk fokus kepada pengajiannya.

    “Saya mula berlatih sepenuh masa pada Disember 2022 dan bersaing pada Mac 2023 setelah sekatan berkaitan pandemik Covid-19 diangkat, dan pada masa itu prestasi saya jauh dari syarat kelayakan Paralimpik.

    “Saya tidak berfikir pun ada kemungkinan untuk layak ke Paris kerana saya kembali ke renang profesional selepas tempoh yang lama.

    “Tetapi saya teruja mendapati peningkatan dalam prestasi saya yang signifikan dan saya berenang lebih baik daripada sebelumnya, bukan sahaja dalam 50m gaya bebas tetapi dalam semua acara.

    “Saya mencatat masa yang baik dan saya mendapat tempat dalam Kejohanan World Series, yang memberi saya peluang untuk layak ke Paralimpik,” katanya.

    Carmen Lim selepas dinamakan Olahragawati Paralimpik 2022.

    Semua kejayaannya pada tahun 2022, termasuk memenangi anugerah Olahragawati Paralimpik pada tahun itu, menempatkannya di tempat ke-19 di dunia bagi kategori gaya renangnya, pada musim 2023.

    Dia juga masih terus berlatih untuk acara 100m kuak dada SB8 dan satu perak bagi acara 50m gaya bebas SB8.

    Kejayaan ini telah mengubah tanggapannya terhadap potensi dirinya dalam sukan ini.

    Kini, katanya, sukan renang adalah satu kerjaya sepenuh masa dan bukan sekadar hobi sampingan.

    Sokongan padu keluarga

    “Walaupun gaji saya tidak mencerminkannya,” katanya bergurau.

    “Setelah saya dapat ijazah dan capai matlamat pendidikan saya, saya ada lebih kebebasan untuk membuat keputusan sendiri tentang laluan kerjaya saya, termasuk menceburi sukan renang sepenuh masa sekurang-kurangnya selama dua tahun lagi,” katanya.

    Menamatkan pengajian dari Universiti Cambridge, UK.

    Carmen tidak dapat mengatakan dengan pasti mengapa dia lebih cenderung kepada sukan renang berbanding sukan lain.

    ALSO READ:  Beras tempatan di Kelantan tak terjejas, beras Siam pilihan utama

    Tapi sejak kecil, keadaan tahap hemoglobin rendah bermaksud dia lebih cenderung pengsan. Mungkin ini sebab dia tidak memilih sukan olahraga katanya.

    “Jadi berenang kelihatan sebagai pilihan yang lebih sesuai untuk saya,” katanya.

    Mengecapi kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum ini, dia mula berlatih untuk pertandingan profesional pada usia yang muda, iaitu 13 tahun.

    Tetapi pada usia 14 tahun, dia menghadapi cabaran yang besar apabila ibunya, Angie Ng, yang meninggal dunia akibat penyakit jantung pada usia 49 tahun.

    Ng merupakan penyokong terbesar Carmen dan dialah insan yang pertama kali mendaftarkan anaknya untuk belajar berenang bersama kanak-kanak biasa.

    A post shared by Carmen (@lim.carmen)


    Mengenangkan kembali masa sukar itu, Carmen berkata, sokongan teguh bapanya Lim Chee Kiong, ibu saudaranya dan seluruh keluarga besarnya menjadi sandaran utama.

    “Saya selalu katakan bahawa kita perlukan sokongan sebuah kampung untuk berjaya, kerana mengejar kerjaya sukan boleh terasa sepi kerana tidak ramai orang melakukannya.

    “Keluarga saya bersatu untuk menyokong saya dalam sukan renang dan pelajaran saya, agar kesedihan kehilangan ibu saya tidak membantutkan potensi saya,” kata Carmen, yang merupakan anak tunggal.

    Dia juga mengiktiraf jasa-jasa jurulatihnya, termasuk Loke Chee Heng dan Yong Huey Ying, yang mula melatihnya ketika dia masih sekolah di Sri Kuala Lumpur dan mereka masih menjadi jurulatihnya hingga hari ini.

    “(Mereka) sentiasa memberi sokongan dan tidak pernah menganggap kecacatan saya sebagai satu isu,” kata Carmen.

    Dia berpisah dengan jurulatihnya untuk tempoh yang singkat apabila memasuki sebuah sekolah berasrama penuh di Wales Utara untuk belajar ke peringkat A Levels dan seterusnya ke Universiti Cambridge sebagai pemegang biasiswa Khazanah.

    Carmen terus cemerlang dalam sukan renang ketika menuntut di universiti.

    Keistimewaan dan tanggungjawab

    Bukan sahaja dia menjadi presiden Kelab Renang dan Polo Air Universiti Cambridge, tetapi dia juga memperoleh penghargaan Full Blue dan Extraordinary Blue pada tahun 2022, iaitu penghormatan tertinggi universiti itu bagi seorang atlet.

    Dia bersaing dalam pelbagai pertandingan, termasuk pertarungan Varsity melawan Universiti Oxford dan pertandingan antara universiti kebangsaan (BUCS). Pencapaiannya meningkatkan kedudukan pasukannya secara keseluruhan.

    Carmen Lim, duduk di tengah, bersama perenang wanita lain dalam pasukan renang Cambridge University.

    Mengimbau kembali perjalanan hidupnya, Carmen cepat untuk mengakui bahawa dia perjalanannya tidak mencabar berbanding atlet para atau orang kurang upaya lain, yang kebanyakkannya menghadapi pelbagai rintangan.

    “Dalam pasukan renang sekolah saya, saya berlatih bersama rakan-rakan dan rakan sekelas sentiasa membuatkan saya berasa seperti pelajar biasa,” katanya.

    Atas sebab itulah dia merasa bertanggungjawab untuk menggunakan keistimewaan yang dia ada untuk membela atlet lain. Ini termasuk sebagai pengerusi majlis atlet dalam Majlis Paralimpik Malaysia.

    Katanya, dia jauh lebih bernasib baik kerana dia boleh terus menceburi bidang undang-undang, jika tidak berjaya di arena sukan.


    “Ini bukan tentang mengecam kerajaan atau badan sukan, tetapi ini membolehkan saya bebas bersuara membela atlet lain, kerana saya tidak terlalu bergantung kepada bidang sukan,” katanya.

    Walaupun dia sendiri tidak menghadapi kesukaran, Carmen percaya adalah penting untuk mereka yang berkuasa menangani isu yang dihadapi atlet para.

    Contohnya, kini atlet para masih tertanya-tanya siapa yang akan mewakili Malaysia di Paralimpik Paris pada 28 Ogos hingga 8 September.

    Ketidaktentuan ini merumitkan usaha atlet-atlet ini kerana mereka memerlukan masa untuk membuat latihan dan persediaan, katanya.

    Walaupun dia telah layak bertanding di World Series, yang membawa kelayakan ke Paralimpik, Carmen tidak tahu jika dia akan menjadi sebahagian kontijen Malaysia ke Paris.

    “Mungkin mereka ada rancangan tetapi masa semakin singkat. Persediaan dan latihan tidak boleh dilakukan dalam masa sebulan atau beberapa minggu.

    “Sebaiknya, atlet memerlukan setahun untuk berlatih untuk kejohanan seperti ini, dan masa latihan yang singkat akan memburukkan keadaan.

    “Saya yakin Majlis Paralimpik dan Majlis Sukan Kebangsaan sedang cuba menyelesaikan perkara ini,” katanya dengan penuh harapan.

    Kehidupan selepas sukan

    Isu lain yang dekat di hatinya isu kelangs

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts